Friday, April 11, 2014

// // 2 comments

Mitos Tentang Kehamilan

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

Semasa hamil, pastinya ibu-ibu sering berdepan dengan pelbagai pantang larang yang kadang-kala membuatkan ibu-ibu pening memikirkannya, betul tak...????

Namun begitu tidak semua pantang larang tersebut betul 100% kerana banyak daripada larangan yang diberikan merupakan satu mitos sahaja. Jika dilakukan dengan berhati-hati insyAllah tidak akan memudaratkan ibu hamil.

HUBUNGAN KELAMIN



MITOS : Ibu yang hamil adalah dilarang melakukan hubungan kelamin dari awal kehamilan sehingga kandungan berusia lebih 12 minggu

FAKTA : Sebenarnya tidak ada kajian perubatan yang telah membuktikan bahawa hubungan kelamin boleh menyebabkan ibu hamil keguguran. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu hamil didiagnosis oleh doktor perubatan berhadapan dengan sesuatu risiko, maka anda harus mengikut setiap nasihat yang telah disarankan oleh doktor. Namun sekiranya tiada sebarang masalah ataupun risiko & anda merasa selesa ketika melakukan hubungan intim, jadi tidak menjadi masalah untuk meneruskannya.


BERSUKAN




MITOS : Ibu yang hamil adalah dilarang melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

FAKTA : Sebenarnya ibu hamil juga digalakkan bersukan bagi memelihara kesihatan mereka sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun, latihan sukan haruslah teratur & sesuai dengan keadaan ibu yang sedang hamil. Tidak ada risiko keguguran atau gangguan terhadap perkembangan bayi. Namun, ibu hamil adalah dilarang melakukan aktiviti sukan lasak seperti main bola jaring, berlari laju atau berjoging, main bola tampar, berkayak, jungle tracking & yang seerti dengannya. Antara sukan yang digalakkan ialah sukan jalan kaki, melakukan yoga khusus untuk ibu hamil & yang seerti dengannya. Apa yang penting jangan memaksa diri melakukan sukan yang tidak mampu dilakukan ketika hamil.


MENAIKI KAPAL TERBANG



MITOS : Menaiki kapal terbang dikatakan boleh menyebabkan keguguran & mengganggu keadaan bayi dalam kandungan.

FAKTA : Tiada kajian yang membuktikan bahawa menaiki kapal terbang boleh membahayakan kandungan sama ada perjalanan jauh mahupun dekat. Walau bagaimanapun, ibu yang hamil 7 bulan ke atas adalah tidak digalakkan menaiki kapal terbang kerana dikhuatiri perubahan persekitaran di dalam pesawat boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada anda. Selain itu, ibu hamil yang mempunyai pelbagai komplikasi kehamilan juga tidak digalakkan menaiki kapal terbang terutama penerbangan jarak jauh. Hal ini kerana, sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti nak melahirkan anak dalam pesawat ia mungkin akan membahayakan ibu & bayi.

Perhatian : Dalam pesawat tiada doktor mahupun bidan terlatih yang standby untuk menyambut kelahiran serta tiada juga kelengkapan yang boleh membantu sekiranya berlaku kecemasan melibatkan ibu hamil. Jadi harus beringat ye para ibu, sebab itu anda dilarang menaiki pesawat pada akhir kehamilan... ;)

PEMERIKSAAN ULTRASOUND



MITOS : Kekerapan melakukan pemeriksaan ultrasound boleh membahayakan bayi & penyebab keguguran

FAKTA : Tiada bukti yang menyatakan bahawa pemeriksaan ultrasound yang kerap boleh membahayakan bayi & boleh menyebabkan keguguran. Malah pemeriksaan yang kerap juga adalah baik bagi memantau kesihatan & perkembangan bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membantu mengesan awal sebarang risiko & komplikasi kehamilan. Rujuk tentang pemeriksaan ultrasound untuk pemahaman yang lebih menyeluruh.


KOPI & TEH




MITOS : Pengambilan kopi & teh adalah dilarang kerana boleh menyebabkan risiko keguguran & bayi dilahirkan tidak sihat.

FAKTA : Terdapat kajian yang mengatakan sekiranya ibu hamil minum lebih daripada enam gelas kopi, teh atau minuman berkarbonat sehari maka mereka berisiko tinggi mengalami keguguran. Jadi sekiranya pengambilan tidak melebihi jumlah yang disebutkan ia tidak akan memudaratkan anda & bayi. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu proses penyerapan zat & nutrien yang diperlukan ibu hamil. Akibatnya mungkin akan menyebabkan ibu hamil kekurangan zat & nutrien yang sangat diperlukan untuk perkembangan & kesihatan bayi mereka.


SINAR X (X-RAY)



MITOS : Sinar X dikatakan boleh menyebabkan ibu keguguran & bayi mengalami masalah tumbesaran.

FAKTA : Satu pemeriksaan menggunakan Sinar X sepanjang kehamilan tidak akan menyebabkan keguguran, menimbulkan masalah kepada kehamilan ataupun merbahaya kepada janin. Namun begitu, kebanyakan doktor biasanya sangat berhati-hati dalam penggunaan Sinar X kepada ibu hamil & para doktor juga tidak pernah mencadangkan Sinar X dilakukan kepada ibu hamil sebelum usia kandungan mencecah 8 minggu. Sinar X juga akan dilakukan sekiranya ibu hamil benar-benar memerlukan pemeriksaan tersebut & tiada pilihan lain. Hal ini bermaksud Sinar X adalah pilihan terakhir dalam merawat ibu hamil kerana para doktor tidak mahu wujud sebarang risiko walaupun penggunaannya dikatakan selamat kepada ibu hamil. Sila rujuk "Adakah Selamat Menjalani X-ray Ketika Hamil".


MENGGUNAKAN KOMPUTER



MITOS : Penggunaan komputer boleh menyebabkan ibu hamil keguguran.

FAKTA : Jika ibu terpaksa bekerja sepanjang hari di depan komputer, janganlah bimbang radiasi monitor boleh menyebabkan anda keguguran. Ada kajian yang menunjukkan tiada hubungan antara penggunaan komputer dengan keguguran atau masalah bersalin yang lain meskipun anda berada di depan komputer sepanjang hari. Oleh itu, penggunaan komputer adalah selamat untuk ibu hamil.


PENGGUNAAN MICROWAVE & KETUHAR




MITOS : Ada yang menyatakan penggunaan microwave boleh mengganggu kehamilan.

FAKTA : Terdapat laporan yang mengaitkan penggunaan microwave boleh menyebabkan masalah kehamilan. Namun laporan tersebut tidak disertakan dengan bukti ilmiah yang menyatakan penggunaan peralatan elektronik tersebut mengganggu kehamilan. Hal ini sekaligus menyatakan bahawa tiada kajian tentangnya dilakukan. Walau bagaimanapun, berhati-hati adalah perlu terutama sekali jika kita merasa ragu. Seboleh-bolehnya jauhkan diri daripada peralatan elektronik tersebut ketika sedang beroperasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diduga.


TAMPAL GIGI



MITOS : Tampalan gigi dari tembaga yang ditampalkan pada gigi harus dikeluarkan ketika hamil kerana merkuri boleh menyebabkan ibu hamil keguguran.

FAKTA : Tampalan tembaga yang dibuat pada gigi tidak mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan keguguran. Dalam ertikata lain penggunaannya adalah selamat. Oleh itu, tampalan tersebut tidak perlu dikeluarkan ketika ibu hamil.

Wassalam
"MAMA SIHAT, KELUARGA SEJAHTERA"


ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG BERDAFTAR (ID:1115699), BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE.....??????????






2 comments:

  1. Replies
    1. Jika benar Aizzah hebat...terbuktilah mami memang seorang yang HEBAT kerana berjaya mendidik Aizzah menjadi HEBAT...Orang yang HEBAT adalah yang berjaya mendidik orang lain menjadi HEBAT...bersyukur sgt pd Allah SWT kerana dipertemukan dengan orang yang hebat mcm mami...luv u...jom kita mendaki ke puncak kejayaan...chaiyo2!!! ;)

      Delete