Friday, April 4, 2014

// // 2 comments

Tips Menurunkan Suhu Demam Panas Anak

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca.

Dewasa ni keadaan cuaca memang sangat membimbangkan. Keadaan yang panas & berjerebu kadang-kadang boleh mengakibatkan anak kecil kita tidak sihat. Antaranya ada yang demam, batuk, selsema & pelbagai lagi jenis penyakit yang kadang-kadang tu memang sangat membimbangkan kita sebagai ibu bapa.

Tips yang akan dikongsikan kali ini juga bersangkut dengan situasi tersebut. Saya rasa semua orang terutama sekali ibu-ibu pasti tahu apa itu asam jawa. Selain daripada dapat melegakan sakit tekak, menyejukkan badan & merawat pelbagai penyakit, asam jawa juga boleh membantu menurunkan suhu demam panas bayi. Sebenarnya petua ini telah diamalkan oleh ibu saya sejak dari saya kecil lagi dan sekarang turut saya amalkan bagi menurunkan suhu panas anak-anak saya bila mereka demam. 

Walau bagaimanapun, cara ini diamalkan bagi mengelakkan suhu terus naik, dalam ertikata lain asam jawa berfungsi menghalang suhu terus meningkat malah akan membantu menurunkan suhu tersebut. Fungsinya lebih kurang macam "Cool Fever"

"Apapun ini adalah rawatan cara tradisional sahaja. Andaikata suhu badan anak anda terus meningkat, usah tangguh lagi terus saja bawa ke klinik ataupun hospital yang berdekatan. Harus diingat, jangan biarkan suhu demam panas anak anda mencecah sehingga 39 degree kerana keadaan tersebut boleh membahayakan nyawa anak anda".
Jika anda ingin mencuba petua ini jom lihat apa bahan-bahannya:



  1. Asam jawa
  2. Minyak zaitun/ minyak kelapa/ minyak masak

Cara Penyediaan:
  1. Ramas asam jawa bersama minyak zaitun
  2. Sebenarnya menggunakan minyak kelapa lagi mujarab, tapi minyak kelapa agak sukar ditemui. Jadi kita boleh gantikan dengan minyak zaitun yang terdapat banyak di pasaran. Walau bagaimanapun jika kedua-dua minyak tiada minyak masak pun boleh la juga digunakan.
  3. Bila asam jawa & minyak tadi dah jadi sebati sapukan ke tapak kaki, celah ketiak, tengkuk, kepala & dahi anak
  4. Kalau nak sapu ke seluruh badan lagi digalakkan tetapi bergantung kepada keselesaan anak kita
Peringatan...!!!! 
Kerap cek suhu badan anak bila mereka demam, sekurang-kurangnya sejam sekali. Sekiranya suhu badan terus meningkat atau tiada perubahan ataupun demam tak menunjukkan tanda-tanda untuk sembuh segera bawa ke hospital/ klinik yang berdekatan untuk rawatan & pemeriksaan lanjut. Hal ini kerana, jika demam tidak dirawat dengan segera akibatnya boleh membahayakan pesakit.
Sesungguhnya kita hanya mampu berusaha & yang menyembuhkan adalah Allah SWT, berdoalah kepadaNya agar diberikan kesembuhan...Amin...semoga berjaya... ;)

Wassalam

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...?????






2 comments:

  1. thanks for blogwalking myhabibysuperb. Nice blog@kedai online 24/7 ni.

    ReplyDelete
  2. Thanks to u too my dear fren coz sudi meluangkan ms singgah ke blog sy... ;)

    ReplyDelete