Thursday, April 3, 2014

// // Leave a Comment

Tips Merawat Demam Selsema Bayi Tanpa Menggunakan Ubat

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

Seperti yang kita semua sedia maklum bayi yang berumur dibawah setahun juga boleh mengalami demam & selsema. Selalunya bila bayi di bawah 6 bulan mengalami demam selsema kita para ibu memang akan cukup runsing bagaimana nak merawat demam selsema tersebut. Yela bayi kan tak boleh nak makan ubat selsema. 

Majoriti para doktor akan bagi ubat titik kat hidung bayi dalam usaha untuk melegakan selsema bayi. Ibu-ibu bawa la bayi ke klinik mana pun, doktor tetap takkan bagi ubat selsema. Ubat demam pula akan diberi dengan dos rendah bagi mengurangkan demam bayi tetapi tidak begitu digalakkan kerana takut mengganggu sistem dalaman bayi yang masih belum matang. 

Kebanyakan para ibu yang tiada pilihan terpaksa menggunakan ubat titik & juga ubat demam bagi usaha melegakan demam selsema bayi. Yela takkan la kita nak biarkan macam tu, nanti jadi lebih teruk kita yang susah kan...Saya pun mengalami benda yang sama, risau & pening memang ada bila berdepan dengan situasi tersebut. Tapi bila saya jumpa petua ni & saya cuba pada bayi saya, alhamdulillah MUJARAB!!!! Alhamdulillah bayi saya sembuh dari demam selsema & dah tak perlu nak kena titik hidung dengan ubat titik yang memang merimaskannya...hehehe ;)

Kalau para ibu nak cuba, jom la cuba tips yang berguna ni...;)


Bahan-bahan
  1. Lemon - dihiris
  2. 1-2 biji bawang putih (garlic)
  3. Minyak Zaiton (Olive oil)
Cara penyediaan
  1. Hiris lemon lebih kurang 2-3 hirisan
  2. Masukkan dalam mangkuk sambil perah keluarkan jusnya
  3. Ramaskan bersama bawang putih
  4. Seelok-eloknya bawang putih tu ditumbuk terlebih dahulu agar patinya senang keluar
  5. Tambahkan minyak zaitun ikut banyak yang puan-puan suka
  6. Ramas sebati ketiga-tiga bahan tadi
  7. Sapukan ke tapak kaki, tangan & dahi bayi
  8. Untuk kesan yang lebih cepat sapukan ke seluruh badan tapi bergantung kepada keselesaan bayi
  9. Sapukan kepada bayi 2-3 kali sehari bergantung kepada keadaan demam selsema bayi
InsyAllah demam selsema bayi akan sembuh secara semulajadi tanpa perlukan ubat-ubatan...selebihnya tawakkal la banyak-banyak ye...sesungguhnya Allah SWT menyembuh & kita hanya mampu berusaha...Semoga berjaya...;)

Wassalam

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...?????





0 comments:

Post a Comment