Thursday, May 29, 2014

// // Leave a Comment

Mengenali G6PD

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera buat sahabat semua...

Penyakit Glukosa-6- Fostat Dehidrogenase (G6PD) bukanlah sejenis penyakit berbahaya. G6PD merupakan penyakit yang melibatkan kekurangan enzim yang berfungsi membina sel darah merah. Kekurangan enzim ini menyebabkan tenaga dihasilkan oleh glukosa berkurangan.


PUNCA G6PD

G6PD lebih banyak berpunca daripada genetik atau keturunan yang melibatkan kromosom X & cenderung berlaku kepada bayi lelaki berbanding perempuan. Walau bagaimanapun, kebarangkalian berlaku adalah nisbah 5 daripada 100 kelahiran.

Penyakit ini tidak menjejaskan IQ serta tumbesaran bayi. Mereka boleh belajar & membesar seperti kanak-kanak lain. Namun penyakit ini boleh berlanjutan sehingga dewasa & memerlukan keperihatinan kita agar bayi tidak terdedah dengan sebarang penyebab G6PD.


TANDA-TANDA PENYAKIT G6PD

Penyakit ini akan dialami apabila bayi menghadapi hemolisis iaitu kerosakan sel darah merah yang mana akan menyebabkan bayi mengalami demam kuning (jaundis) di tahap awal. Hal ini akan menyebabkan bayi 




  1. Menjadi lemah, 
  2. Kelihatan pucat, 
  3. Sukar untuk bernafas, 
  4. Air kencing berwarna gelap & berdarah, 
  5. Malah ada sesetengah kes menyebabkan bayi pengsan.
Sekiranya simtom di atas berlaku, langkah terbaik adalah, bawa si kecil mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Sekiranya dibiarkan mungkin hemolisis akan bertambah parah & memerlukan pemindahan darah.

Setakat ini, tiada ubat untuk merawat penyakit G6PD. Sekiranya berlaku di tahap serius, hanya pemindahan darah sahaja yang boleh dilakukan. Oleh yang demikian, cara terbaik untuk merawat G6PD adalah dengan cara menghindari faktor penyebabnya.


Hemolisis : Sel Darah Merah yang Rosak

Kebanyakan penghidap G6PD jarang mengalami sebarang gejala ataupun komplikasi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang terdedah bahan2 tertentu seperti beberapa jenis antibiotik & ubat malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya, pesakit akan mengalami gejala penyakit anemia seperti pucat, sesak nafas, lemah & tidak bermaya.




Pada kebiasaannya pesakit tidak perlu menjalani rawatan melainkan pesakit telah menunjukkan simptom2 atau tanda2 komplikasi seperti di atas. Pesakit perlu mengelak sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti makan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat & minum terlalu banyak air kosong melebihi 1 liter dalam 1 masa tanpa kehausan, bersenam, tidak letih mahupun tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula & nutrien. Dalam erti kata lain, minum air kosong bila perlu sahaja. Adalah penting untuk memberitahu doktor yang bayi anda pesakit G6PD setiap kali ke mana-mana klinik kesihatan. Hal ini kerana terdapat beberapa jenis ubat yang tidak boleh diambil atau dimakan oleh pesakit G6PD. 





Sebaiknya elakkan bayi/anak daripada semua faktor penyebab. Bagi meningkatkan tahap oksidan dalam tubuh, Vitamin E dapat membantu tetapi elakkan pengambilan Vitamin C terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan berlakunya hemolisis. Digalakkan juga mengambil asid folik secara berterusan kerana ia dapat membina sel-sel darah merah serta mengurangkan hemolisis. Kita juga boleh menggunakan alat "Medic Alert" pada anak bagi mengenal pasti berlakunya hemolisis. Alat tersebut mudah didapati difarmasi serta klinik berhampiran dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya sikecil demam atau menghadapi penyakit lain, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum membeli apa jua jenis ubat. Walau bagaimanapun, adalah disarankan agar kita membawa anak berjumpa doktor & mengambil ubat atas saranan doktor. Anak yang menghidap G6PD mungkin lebih cenderung kepada jangkitan penyakit kerana sel darah putih yang menurun. Namun, hemolisis yang berlaku adalah terkawal kerana sel darah merah baru akan sentiasa menggantikan sel-sel yang lama.

Sekiranya para sahabat inginkan info yang lebih lanjut boleh layari web-web di bawah :

0 comments:

Post a Comment