Saturday, April 5, 2014

// // Leave a Comment

Tips Melegakan Batuk Kahak

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

Seperti yang kita semua sedia maklum, negara kita kini dilanda jerebu yang belum berpenghujung...Chewahhh!!! Dramatis sungguh ayat...hehehe. Keadaan jerebu, pencemaran udara, cuaca yang tak menentu, kadang-kadang panas terik, kadang-kadang hujan, cuaca sejuk tak menentu menyebabkan kita yang dewasa ni pun boleh sakit apatah lagi kanak-kanak.

Sakit yang sering dikaitkan dengan keadaan cuaca & persekitaran ini adalah seperti demam,selsema & batuk. Apa yang saya nak kongsikan di sini ialah Tips Melegakan Batuk terutama yang berkahak. Batuk memang sangat merimaskan kita. Apa lagi kalau ia menyerang sehingga memakan masa berminggu-minggu , memang sudah pasti akan membuatkan kita rasa tertekan. Sebenarnya selain daripada ubat, terdapat petua orang-orang dulu bagaimana cara nak melegakan batuk. Yelah, orang dulu-dulu kadang-kadang ada yang sukar untuk mendapatkan ubat. Jadi mereka kebiasaannya akan menggunakan cara kampung (tradisional) bagi merawat sebarang penyakit.


Sebenarnya tips ini saya dapat daripada jiran saya sendiri. Dia telah lama mengamalkan cara ini bagi merawat batuk yang menyerang mereka sekeluarga terutama sekali anak-anaknya. Setelah mendapatkan petua ini saya pun mencuba ke atas diri saya sendiri yang sememangnya tengah batuk berkahak. Alhamdulillah memang MUJARAB!!!. Kalau anda semua rasa teringin nak mencuba, jom tengok bahan-bahannya :

Bahan-bahan
  1. 1 camca madu asli
  2. 1 biji limau kasturi
  3. Camca/ sudu plastik
Cara Penyediaan
  1. tuangkan 1 sudu besar madu ke dalam camca/ sudu plastik
  2. Anda diwajibkan menggunakan sudu plastik kerana menurut orang tua-tua dulu, madu jika dituang ke dalam sudu besi/ tembaga ia akan merosakkan zat / khasiat madu itu sendiri
  3. Perahkan limau kasturi ke atas madu tadi
  4. Setelah itu boleh la diminum
  5. Amalkan 2-3 kali sehari bergantung kepada batuk anda

"Selain madu, kicap juga boleh diamalkan dalam melegakan batuk, tetapi yang lebih mujarab adalah dengan menggunakan madu asli yang ada dijual dipasaran ketika ini. Petua ini juga boleh diamalkan untuk anak anda yang berusia 1 tahun & ke atas. Sesungguhnya Allah SWT adalah penyembuh & kita hanya mampu berusaha & tawakkal kepadaNya. Semoga berjaya.... ;)"

Wassalam

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...?????








0 comments:

Post a Comment