Friday, May 30, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin yang Sesuai Untuk Pesakit G6PD

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera  para sahabat sekalian...

Setelah kita mengenali apa itu G6PD...sekarang masa untuk kita mengenali vitamin-vitamin yang sesuai bagi membantu pesakit G6PD menjalani kehidupan yang sihat. Seperti yang telah saya tulis dalam entri sebelum ini, pesakit tidak boleh terdedah dengan bahan2 tertentu seperti beberapa jenis antibiotik & ubat malaria. Hal ini kerana sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya, pesakit akan mengalami gejala penyakit anemia seperti pucat, sesak nafas, lemah & tidak bermaya.

Bagi meningkatkan tahap oksidan dalam tubuh, Vitamin E dapat membantu tetapi elakkan pengambilan Vitamin C terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan berlakunya hemolisis. Digalakkan juga mengambil asid folik secara berterusan kerana ia dapat membina sel-sel darah merah serta mengurangkan hemolisis.

Bagi golongan lelaki dewasa yang menghidap G6PD, adalah disarankan untuk mengambil Vitalea, Vita-E Complex, B-Complex & Ostematrix. Kesemua vitamin tersebut sangat sesuai bagi membantu pesakit

  1. menggalakkan pertumbuhan sel darah merah yang boleh mengurangkan terjadinya hemolisis, 
  2. meningkatkan sistem imun tubuh, 
  3. membantu dalam menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas (anti-oksidan) 
  4. menguatkan sistem tulang agar pesakit dapat menjalani kehidupan sihat & bertenaga.

 


Bagi golongan ibu yang menyusukan anak yang menghidap G6PD, ibu-ibu tidak digalakkan menggambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang tinggi. Dikhuatiri bayi alah kepada alfalfa walaupun ada sesetengah bayi yang tiada masalah walaupun ibunya mengambil alfalfa dalam kuantiti yang rendah. Dalam ertikata lain berjaga-jaga adalah lebih baik.

Vitamin yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi G6PD ialah Vitalea, Ostematrix & B-Complex. Bagaimana pula dengan ESP? Memang ESP digalakkan bagi ibu menyusu tetapi disini untuk ibu yang menyusukan bayi G6PD saya tidak begitu menyarankan kerana ESP mengandungi unsur kacang soya, pesakit G6PD seboleh-bolehnya disarankan agar mengelakkan makanan yang berunsurkan kekacang. Jadi saranan saya seeloknya tidak perlulah mengambil ESP. Bagi tujuan milk booster cuba gunakan kaedah Supply Vs Demand, insyAllah kalau kita berusaha pasti Allah permudahkan segala urusan kita...;)

Di bawah ini saya ada kutip sedikit info tentang ubat-ubatan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit G6PD. Info ini dipetik daripada

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Lean Hamzah Sendut

Apendiks 4 :

  1. Primaquine
  2. Chloroquine
  3. Quinine 
  4. Sulfanilamide
  5. Sulphacetamide
  6. Sulphamethoxazole (Bactrim)
  7. Dapsone
  8. Nitrofurantoin
  9. Ciprofloxacin
  10. Methylene Blue
  11. Nalidixic Acid
  12. Napthalene (Ubat Gegat)*
  • Elakkan semua ubat-ubatan Cina & Melayu
  • * Untuk 3 minggu pertama kelahiran, jangan gunakan pakaian yang terdedah kepada ubat gegat
  • Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene & toluidine blue
Lain-lain yang perlu dielakkan ialah :
  1. Fava Bean (kacang parang)
  2. Ubat tradisional
  3. Parabenecid
  4. Dimercaprol
  5. Dapsone
  6. Procainamide
  7. Para-Aminobenzoic Acid
  8. Silver Sulphadiazine Cream
Ubat untuk Merawat Malaria :
  1. Choroquine
  2. Hydroxycloroquine
  3. Pamaquine
  4. Mepacrine (Quinacrine)
Ubat Penahan Sakit
  1. Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
  2. Phenacetin (Acetophenetidin)
  3. Aminopyrine (Amidopyrine)
Ubat Antibiotik
  1. Cloramphenicol
  2. Cotrimoxazole (Bactrim)
  3. Furazolidine
  4. Nalidixic Acid
  5. Nitrofurantoin
  6. Nitrofurazone
  7. Para-Aminosalicy Acid
  8. Ubat-ubat berasaskan sulfur & sebagainya
  9. Sulfapyridine
  10. Sulfasalazine
Semoga semua info ini dapat membantu para sahabat sekalian ye...untuk maklumat lanjut tentang Shaklee, boleh la hubungi saya 




Wassalam

0 comments:

Post a Comment