Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca
Alahai...rasanya dah lama tak update blog kesayangan saya ni...bukan apa, nak dijadikan alasan banyak benda nak kena buat. Biasalah kita kan manusia biasa memang tak lari dari mencipta pelbagai alasan...hehehe
Disebabkan dah lama tak update, hari ni saya nak hilangkan rasa rindu mengupdate. Tajuk entry saya hari ni ialah "Teruknya Bau OmegaGuard Shaklee".
Hehehe...dengar tajuk pun dah seram, mesti ada yang dah beli OmegaGuard kecut perut nak telan kan...kan...Sebenarnya tajuk ni adalah kesinambungan daripada eksperimen saya bersama anak-anak kecil saya. Yelah, sebelum ni my kids telah melalui fasa sakit sampai terpaksa duduk dalam wad & tertinggal pelajaran bagi jangka masa yang agak lama, sebab doktor bagi my kids cuti dua minggu selepas keluar wad.
Sudah lumrah, biarpun sakit dah sembuh tapi hakikatnya sistem imun orang yang baru sembuh dari sakit adalah sangat rendah & mudah terkena jangkitan semula. Sebab itu anak-anak saya diberi cuti selama 2 minggu, tujuan doktor agar sistem kekebalan badan mereka menentang penyakit pulih sepenuhnya sebelum bergaul dengan dunia luar.
Nak dijadikan cerita, si ibu yang sangat cerdik pandai ni berhasrat ingin membantu meningkatkan sistem imun anak-anaknya dengan menggunakan supplemen Shaklee. Seperti yang kita tahu la kan untuk membantu meningkatkan kembali sistem imun anak kita yang ada dalam produk Shaklee ni ialah :
Kalau kata nak lagi superb!!! Tambah pula dengan NUTRIFERON...
Fuhhh!!! Memang Fantastik anak-anak kita dibuatnya. Yelah..ibu bapa zaman moden macam kita ni mesti nak yang terbaik untuk bekalan anak-anak kita untuk bersaing dalam dunia luar yang serba canggih ni kan.
Berbalik kepada cerita asal kita, kalau Meal Shake nak makannya memang sangat senang. Bancuh & minum ja dah selesai. NutriFeron pun sama la kisahnya kan. Tapi OmegaGuard pula macam mana nak telan tu???? Saiz OmegaGuard sesuai untuk tekak orang dewasa saja. Nak ditelan oleh anak kecil kita yang berusia 5 & 4 tahun boleh kerrr...??? Maunya tercekik budak tu...huhuhu
Maka si ibu pun berusaha la cari jalan "how to solve this problem"...hehehe
Tak lama lepas tu si ibu dapatlah satu idea yang bijak lagi cerdik menggunakan teknik sedut ubat guna jarum & picagari ala-ala injection...pada awalnya strategi & teknik tersebut berjaya dilakukan dengan baik & minyak ikan dalam kapsul tu pun tak meleleh keluar kira success la kan. Lepas tu cabut jarum & bagi la makan minyak tu kat my kids, tak sempat nak telan yang abang terus termuntah, bagi pula yang adik pun dapat respon yang sama...Alamak!!! apa yang berlaku??? Lalu saya pun cuba la untuk diri sendiri...Ya Allah, baunya memang sangat teruk & meloyakan. Apalagi si ibu pun join sekali anak-anaknya muntah...hahaha
Memang patut pun minyak ikan diletakkan dalam bentuk kapsul, supaya kita dapat telan & menikmati khasiatnya dengan baik. Kesian kat perut kita, yelah kalau perut boleh berkata-kata rasanya dia pun suruh kita keluarkan balik OmegaGuard tu kan...;)
Tapi kegagalan pertama tidak membuatkan ibu menyerah. Yelah, OmegaGuard ni kan kaya dengan Omega-3 yang sangat membantu dalam perkembangan otak anak kita. Jadi mana boleh lepaskan begitu sahaja.
Keesokannya si ibu dapat lagi idea baru yang mana diyakini akan kejayaannya. Kali ni minyak tersebut masih disedut menggunakan kaedah yang sama seperti sebelumnya. Cuma kali ni minyak tersebut dicampurkan ke dalam kicap memandangkan anak-anak saya sangat gemarkan kicap. Mulanya rasa gementar juga takut my kids reject makanan tu. Tapi alhamdulillah mereka langsung tak perasan, cuma yang abang ada juga bertanya "Mama napa kicap ni rasa tak sedap" tapi saya buat senyap & dia pun terus saja habiskan makanan dia seperti biasa. Kira Success la kan...hehehe ;)
Sebenarnya terus terang saya katakan kalau anda berminat dengan produk Shaklee & ingin membeli apa saja produk Shaklee, saya lebih sarankan anda terus mendaftar menjadi ahli. Bukan apa, produk Shaklee ni dah terbukti banyak membantu rakyat Malaysia kita ni hidup sihat. Nak tengok testimoni pelanggan pun boleh klik saja di sini. Produknya pun dijamin
Sebenarnya terus terang saya katakan kalau anda berminat dengan produk Shaklee & ingin membeli apa saja produk Shaklee, saya lebih sarankan anda terus mendaftar menjadi ahli. Bukan apa, produk Shaklee ni dah terbukti banyak membantu rakyat Malaysia kita ni hidup sihat. Nak tengok testimoni pelanggan pun boleh klik saja di sini. Produknya pun dijamin
Saya pun berani jamin selepas penggunaan produk Shaklee pertama kali, saya yakin tahap kepuasan hati anda pasti tinggi. Itu akan mendorong kita untuk membeli semula, jadi kalau dah jadi ahli tak mau beli dengan saya pun ok jer. Anda boleh beli dengan ID keahlian anda & sudah tentulah anda akan membeli dengan harga ahli yang sangat berbaloi dengan bajet anda. Tapi kalau nak daftar selepas mencuba pun boleh juga, terpulang kepada kita membuat keputusan yang terbaik...;)
Okay la, cukup untuk entri kali ini. Sampai berjumpa lagi dalam entri yang terbaru saya nanti. Apa yang pasti, entri terbaru yang bakal menyusul nanti pastinya menjanjikan info-info yang menarik untuk pembaca semua.
Kalau rasanya anda berminat untuk info lanjut tentang Shaklee ni boleh la hubungi saya & jika berminat untuk membeli sila lihat cara-cara pembelian ini
Wassalam...
0 comments:
Post a Comment