Saat disahkan hamil (mengandung), pastinya berita tersebut sangat menbuatkan anda & insan-insan tersayang akan merasa sangat gembira & teruja.
Ibu-ibu hamil sebenarnya diwajibkan mengambil makanan sihat yang mengandungi empat kumpulan makanan berikut bagi membantu perkembangan optimum bayi:
- Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
- Makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
- Makanan yang tinggi sumber protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang yang juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
- Makanan berasaskan tenusu yang kaya dengan kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.
Walau bagaimanapun, ramai ibu hamil tidak mampu untuk mendapatkan segala khasiat yang diperlukan seperti yang tertera. Hal ini kerana kebanyakan ibu-ibu mengalami pelbagai bentuk masalah seperti morning sickness, kurang selera makan, muntah setiap kali menjamah makanan & pelbagai lagi. Akibatnya ramai ibu hamil yang kekurangan nutrisi yang sangat diperlukan ketika hamil.
Pengambilan 400mcg asid folik setiap hari adalah wajib terutama dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Makanan-makanan yang mengandungi asid folik semulajadi (Folat) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang adalah sangat disyorkan oleh para doktor. Hal ini kerana pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural) yang juga dikenali sebagai spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.
Selain itu, pengambilan Vitamin B juga sangat perlu kerana kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf & mengganggu fungsi otak. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal & boleh mengakibatkan anemia. Di samping itu, B Complex juga boleh membantu mengatasi masalah seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi & mudah tersinggung.
Zat besi juga sangat diperlukan ketika hamil terutama dalam membantu memekatkan darah untuk golongan ibu hamil yang bermasalah kekurangan darah (anemia). Darah yang pekat (lebih) di dalam badan mampu menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan sekaligus mengurangkan kes tumpah darah. Zat besi juga boleh diperolehi daripada makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang.
Di samping itu, pengambilan Vitamin C juga adalah penting terutama dalam membantu proses penyerapan zat besi ke dalam badan. Vitamin C juga membantu mengurangkan masalah alahan & meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan & sayur-sayuran.
Kalsium juga antara Vitamin yang sangat diperlukan ketika hamil. Fungsinya dalam membantu menguatkan tulang & gigi menjadikannya antara vitamin yang penting untuk ibu hamil. Kalsium mudah diperolehi daripada produk tenusu, seperti susu, keju dan yogurt.
Selain itu, ikan laut dan garam laut merupakan sumber iodin yang baik. ibu hamil juga memerlukan banyak iodin dalam diet kerana iodin penting terutama dalam membantu perkembangan otak bayi.
SARANAN PARA DOKTOR
Walaupun segala zat yang diperlukan oleh ibu hamil boleh diperolehi daripada makanan, namun pengambilan supplement juga sangat penting dalam membantu perkembangan bayi ke tahap yang lebih optimum. Sebab itu, para doktor turut menyarankan pengambilan supplement ketika hamil. Hal ini boleh kita lihat ketika melakukan pemeriksaan kehamilan di mana-mana hospital & klinik, yang mana ibu hamil akan dibekalkan dengan supplement yang tersenarai di atas bagi membantu proses perkembangan bayi ke tahap yang lebih optimum.
Di manakah saya boleh mendapatkan vitamin pranatal?
Jelas sekali pengambilan vitamin sangat perlu ketika hamil. Oleh itu, Shaklee juga turut menawarkan vitamin yang kaya dengan zat & nutrien yang diperlukan oleh semua ibu hamil. Berikut adalah set-set yang ditawarkan :
Walau bagaimanapun, ada beberapa vitamin yang tidak sesuai di ambil ketika hamil & harus dielakkan, iaitu :
Selain itu pengambilan teh, kopi & makanan ringan adalah sangat tidak digalakkan. Percayalah, sekiranya makanan & minuman tersebut dielakkan insyAllah anda akan menjadi ibu hamil yang sentiasa sihat & ceria.
KAMI MENAWARKAN ANDA KEAHLIAN JIKA ANDA INGINKAN LEBIH KEISTIMEWAAN BERSAMA SHAKLEE
ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)
BERMINAT UNTUK MEMBELI & BAGAIMANA NAK MEMBELI DENGAN SAYA?????
SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE...?????
0 comments:
Post a Comment