Sunday, April 6, 2014

// // Leave a Comment

KEHAMILAN - Tips mengatasi Ketidakselesaan di Trimester Akhir

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

TIPS MENGATASI KETIDAKSELESAAN DI TRIMESTER AKHIR KEHAMILAN

Kehamilan lazimnya memang akan membuatkan anda sangat teruja. Malah ada yang tak sabar menunggu detik-detik kelahiran. Apalagi jika anda sekarang sudah berada di trimester terakhir kehamilan.


Walau bagaimanapun, berada di trimester terakhir bukan semudah yang disangkakan. Malah ada para ibu terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk komplikasi kehamilan seperti darah tinggi, kencing manis, anemia, plasenta previa & sebagainya. Ketika ini, sekiranya para ibu kurang mendapat perhatian dan belaian insan-insan tersayang pastinya para ibu akan rasa sangat tertekan. Oleh itu, insan yang paling hampir tentu sekali suami. Suami biasanya akan memainkan peranan dalam menguatkan semangat isteri mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan suami antaranya bawa isteri shopping, melancong, membeli makanan kegemaran isteri, menolong melakukan kerja-kerja rumah yang agak membebankan isteri & banyak lagi yang boleh dilakukan para suami.

Selain daripada komplikasi, anda juga mungkin akan mengalami masalah ketidakselesaan terutama sekali bila berada di trimester akhir. Di sini ada tips untuk mengatasi segala kesulitan & ketidakselesaan tersebut

PAYUDARA MEMBESAR :
  1. Semakin besar kandungan maka payudara juga akan semakin membesar
  2. Tisu payudara mungkin bertambah sehingga 1kg. Hal ini akan menimbulkan ketidakselesaan kepada anda terutama jika coli yang sedia ada tak sesuai dengan saiz payudara ketika itu
  3. Cara Mengatasi : 
  • Beli coli yang sesuai dengan saiz payudara ketika itu. 
  • Kalau boleh beli jenis kapas supaya senang menyerap peluh & tiada besi untuk lebih selesa. 
  • Boleh juga beli coli khas untuk menyusu yang bersesuaian dengan saiz terkini payudara, jadi coli tersebut boleh dipakai selepas melahirkan nanti

SAKIT BELAKANG :
  1. Apabila bayi semakin membesar, sendi antara tulang di kawasan pelvis akan meregang
  2. Semakin besar bayi dalam kandungan semakin berat bebanan yang dibawa
  3. Pertambahan berat tersebut akan banyak memberi tekanan kepada tulang belakang
  4. Cara Mengatasi :
  • Banyakkan berehat
  • Duduk di kerusi yang mempunyai sokongan untuk bahagian belakang tubuh. Jika tiada, gunakan bantal & letakkan di belakang badan ketika duduk.
  • Boleh juga meletakkan pek ais atau pek panas bagi membantu melegakan bahagian yang sakit
  • Minta bantuan suami untuk mengurut bahagian yang tidak selesa untuk melegakan & mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Tapi suami pula jangan la diurut terlalu kuat, apa yang penting isteri selesa.
  • Boleh juga menggunakan bantal khas untuk ibu hamil. Sandarkan bahagian bawah perut dengan bantal berkenaan, insyAllah ia akan memberikan keselesaan kepada anda.

BENGKAK
  1. Kandungan yang semakin membesar akan memberi tekanan pada urat yang menyebabkan terjadinya bengkak kaki & pergelangan kaki
  2. Air yang berlebihan dalam badan juga boleh mengakibatkan bengkak pada mata & muka terutama pada waktu pagi
  3. Selain itu, tubuh yang membengkak juga boleh memberi tekanan kepada urat yang menyebabkan timbul rasa kebas
  4. Cara Mengatasi : 
  • Berbaring dengan meninggikan bahagian kaki dengan meletakkan bantal di bawah kaki
  • Jika duduk, luruskan kaki ke depan & letakkan bantal dibawah kaki. Untuk lebih selesa, letakkan juga bantal dibelakang badan agar anda dapat menyandar dengan lebih selesa.



KONTRAKSI BRAXTON HICKS
  1. Kontraksi ini merupakan latihan awal kepada ibu hamil sebelum rahim benar-benar melalui proses awal kelahiran bayi
  2. Tidak menyakitkan cuma akan mengganggu keselesaan anda
  3. Datang dalam selang masa tertentu & tidak tetap. Tidak tetap bermaksud anda akan merasakan kontraksi ketika ini, selepas sejam anda akan merasakannya semula, setelah itu 15 minit kemudian ada kontraksi semula, lepas tu lebih kurang 2 jam baru kontraksi datang semula. Itulah yang dikatakan kontraksi Braxton Hicks
  4. Kontraksi sebenar adalah tetap & sakit. Malah semakin rapat selang masa & semakin tetap, kontraksi akan menjadi semakin sakit sampai ada sesetengah ibu yang sampai menangis kerana tak tahan menanggung kesakitan kontraksi. Tetapi anda tak perlu bimbang sebab kesakitan kontraksi bagi setiap ibu adalah berlainan. Jadi berdoa banyak-banyak agar segalanya dipermudahkan.
  5. Cara Mengatasi :
  • Ketika kontraksi berlaku, tenangkan minda & berehat
  • Sematkan dalam minda bahawa kontraksi tersebut adalah untuk persediaan anda bagi menghadapi proses bersalin
  • Jika anda tenang, insyAllah anda tidak akan merasa tertekan & kontraksi tersebut juga tidak akan menyakitkan.
  • Walau bagaimanapun, anda juga perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang kontraksi sebenar sama ada melalui doktor anda mahupun melalui pembacaan.
  • Untuk lebih info sila rujuk informasi tentang Kontraksi Braxton Hicks atau False Alarm VS Proses Kelahiran Sebenar.

SUKAR BERNAFAS
  1. Ada sesetengah ibu menghadapi masalah sukar bernafas ketika kehamilan semakin membesar
  2. Ada juga faktor kesukaran bernafas disebabkan kandungan yang semakin membesar & menekan rongga dada & paru-paru
  3. Cara Mengatasi :
  • Kekalkan postur tubuh yang baik
  • Jika mengalaminya ketika tidur digalakkan menggunakan bantal khas kehamilan agar dapat membantu melegakan tekanan di bahagian paru-paru
  • Jika tiada, memadai meletakkan bantal di bawah perut ketika tidur mengiring
  • Digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri bagi membolehkan darah berjalan lancar
  • Jika mengalami masalah ini dalam keadaan jaga, berehatlah sebentar sambil menarik nafas & menghembuskannya secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk merehatkan seluruh otot anggota badan


PEDIH ULU HATI
  1. Rahim yang membesar akan menolak perut keluar daripada kedudukan asalnya sehingga menyebabkan pedih ulu hati
  2. Selain itu, pemakanan yang berminyak, berempah & pedas juga boleh menyebabkan pedih ulu hati
  3. Cara Mengatasi :
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  • Minum banyak air di antara selang waktu makan utama
  • Elakkan makanan bergoreng, berempah, minuman berkarbonat & jus sitrus
  • Minum susu ataupun malt coklat juga dikatakan boleh membantu mengurangkan masalah ini

KERAP MEMBUANG AIR KECIL
  1. Apabila bayi membesar & semakin menghampiri pelvis, tekanan akan mengenai pundi kencing
  2. Anda akan kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam & jika minum terlalu banyak air 
  3. Kadang-kadang anda boleh terbuang air kecil tanpa sengaja ketika ketawa, batuk mahupun bersin
  4. Cara Mengatasi :
  • Pakai Panty Liner (pelapik seluar dalam)
  • Paling penting kerap lakukan senaman kegel bagi mengelak masalah tersebut terus berlarutan
  • Jangan minum terlalu banyak air 3 jam sebelum masuk tidur

SUKAR TIDUR
  1. Masalah sukar tidur memang sering berlaku kepada para ibu hamil terutama di trimester terakhir
  2. Merasa kurang selesa kerana perut dirasakan semakin berat
  3. Kadang-kadang timbul rasa senak terutama jika mengambil makanan yang banyak sebelum masuk tidur 
  4. Tak rasa mengantuk menyebabkan anda sukar untuk melelapkan mata
  5. Cara Mengatasi :
  • Mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur. Tujuannya untuk mengelak rahim daripada menekan pembuluh darah besar di belakang rahim
  • Cuba dapatkan posisi tidur yang paling selesa
  • Alas tubuh dengan bantal di bahagian belakang badan & depan badan. Paling mudah gunakan bantal kehamilan
  • Membaca buku sebelum tidur juga boleh membuatkan anda mengantuk & tidur lena
  • Minum segelas susu panas & pengambilan minuman seperti kopi ataupun teh adalah sangat tidak digalakkan terutama ketika masuk waktu tidur
  • Minta suami membelai anda kerana dengan belaian lembut suami, isteri akan berasa relax & tenang & ia akan memudahkan anda untuk tidur lena

BERPELUH
  1. Peningkatan hormon progesteron akan membuatkan anda mudah berasa panas & berpeluh
  2. Ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini memang pastinya akan membuat anda bertambah tidak selesa
  3. Cara Mengatasi :
  • Pakai pakaian daripada fabrik yang mudah menyerap peluh
  • Pakai pakaian yang sesuai dengan persekitaran & keadaan cuaca
  • Minum air dalam jumlah yang mencukupi yang diperlukan badan agar tubuh tidak mengalami dehidrasi

BERAT BADAN
  1. Sehingga tarikh jangkaan bersalin, berat badan anda mungkin akan naik antara 11 hingga 16kg
  2. Pertambahan berat akan memberi tekanan ke seluruh tubuh terutama bahagian belakang
  3. Pertambahan berat juga akan membuatkan anda malas atau tak mampu melakukan kerja-kerja dengan baik & akan menimbulkan ketidakselesaan
  4. Cara Mengatasi :
  • Kawal pemakanan, pengambilan makanan yang sihat tidak akan menyebabkan berat badan naik melampau
  • Jangan pakai kasut tumit tinggi. Lebih elok memakai kasut yang tak bertumit
  • Sentiasa jaga postur tubuh bagi mengelakkan sakit belakang & menambah keselesaan anda

"Semoga dengan informasi ini, insyAllah anda akan dapat melalui saat kehamilan yang cukup membahagiakan & penuh bermakna buat anda & si kecil anda...;)".

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE...?????








0 comments:

Post a Comment