Friday, April 11, 2014

// // 2 comments

Mitos Tentang Kehamilan

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

Semasa hamil, pastinya ibu-ibu sering berdepan dengan pelbagai pantang larang yang kadang-kala membuatkan ibu-ibu pening memikirkannya, betul tak...????

Namun begitu tidak semua pantang larang tersebut betul 100% kerana banyak daripada larangan yang diberikan merupakan satu mitos sahaja. Jika dilakukan dengan berhati-hati insyAllah tidak akan memudaratkan ibu hamil.

HUBUNGAN KELAMIN



MITOS : Ibu yang hamil adalah dilarang melakukan hubungan kelamin dari awal kehamilan sehingga kandungan berusia lebih 12 minggu

FAKTA : Sebenarnya tidak ada kajian perubatan yang telah membuktikan bahawa hubungan kelamin boleh menyebabkan ibu hamil keguguran. Walau bagaimanapun, sekiranya ibu hamil didiagnosis oleh doktor perubatan berhadapan dengan sesuatu risiko, maka anda harus mengikut setiap nasihat yang telah disarankan oleh doktor. Namun sekiranya tiada sebarang masalah ataupun risiko & anda merasa selesa ketika melakukan hubungan intim, jadi tidak menjadi masalah untuk meneruskannya.


BERSUKAN




MITOS : Ibu yang hamil adalah dilarang melakukan aktiviti-aktiviti sukan.

FAKTA : Sebenarnya ibu hamil juga digalakkan bersukan bagi memelihara kesihatan mereka sepanjang kehamilan. Walau bagaimanapun, latihan sukan haruslah teratur & sesuai dengan keadaan ibu yang sedang hamil. Tidak ada risiko keguguran atau gangguan terhadap perkembangan bayi. Namun, ibu hamil adalah dilarang melakukan aktiviti sukan lasak seperti main bola jaring, berlari laju atau berjoging, main bola tampar, berkayak, jungle tracking & yang seerti dengannya. Antara sukan yang digalakkan ialah sukan jalan kaki, melakukan yoga khusus untuk ibu hamil & yang seerti dengannya. Apa yang penting jangan memaksa diri melakukan sukan yang tidak mampu dilakukan ketika hamil.


MENAIKI KAPAL TERBANG



MITOS : Menaiki kapal terbang dikatakan boleh menyebabkan keguguran & mengganggu keadaan bayi dalam kandungan.

FAKTA : Tiada kajian yang membuktikan bahawa menaiki kapal terbang boleh membahayakan kandungan sama ada perjalanan jauh mahupun dekat. Walau bagaimanapun, ibu yang hamil 7 bulan ke atas adalah tidak digalakkan menaiki kapal terbang kerana dikhuatiri perubahan persekitaran di dalam pesawat boleh menimbulkan ketidakselesaan kepada anda. Selain itu, ibu hamil yang mempunyai pelbagai komplikasi kehamilan juga tidak digalakkan menaiki kapal terbang terutama penerbangan jarak jauh. Hal ini kerana, sekiranya berlaku sebarang kecemasan seperti nak melahirkan anak dalam pesawat ia mungkin akan membahayakan ibu & bayi.

Perhatian : Dalam pesawat tiada doktor mahupun bidan terlatih yang standby untuk menyambut kelahiran serta tiada juga kelengkapan yang boleh membantu sekiranya berlaku kecemasan melibatkan ibu hamil. Jadi harus beringat ye para ibu, sebab itu anda dilarang menaiki pesawat pada akhir kehamilan... ;)

PEMERIKSAAN ULTRASOUND



MITOS : Kekerapan melakukan pemeriksaan ultrasound boleh membahayakan bayi & penyebab keguguran

FAKTA : Tiada bukti yang menyatakan bahawa pemeriksaan ultrasound yang kerap boleh membahayakan bayi & boleh menyebabkan keguguran. Malah pemeriksaan yang kerap juga adalah baik bagi memantau kesihatan & perkembangan bayi dalam kandungan. Hal ini boleh membantu mengesan awal sebarang risiko & komplikasi kehamilan. Rujuk tentang pemeriksaan ultrasound untuk pemahaman yang lebih menyeluruh.


KOPI & TEH




MITOS : Pengambilan kopi & teh adalah dilarang kerana boleh menyebabkan risiko keguguran & bayi dilahirkan tidak sihat.

FAKTA : Terdapat kajian yang mengatakan sekiranya ibu hamil minum lebih daripada enam gelas kopi, teh atau minuman berkarbonat sehari maka mereka berisiko tinggi mengalami keguguran. Jadi sekiranya pengambilan tidak melebihi jumlah yang disebutkan ia tidak akan memudaratkan anda & bayi. Walau bagaimanapun, pengambilan minuman berkafein adalah tidak digalakkan kerana ia akan mengganggu proses penyerapan zat & nutrien yang diperlukan ibu hamil. Akibatnya mungkin akan menyebabkan ibu hamil kekurangan zat & nutrien yang sangat diperlukan untuk perkembangan & kesihatan bayi mereka.


SINAR X (X-RAY)



MITOS : Sinar X dikatakan boleh menyebabkan ibu keguguran & bayi mengalami masalah tumbesaran.

FAKTA : Satu pemeriksaan menggunakan Sinar X sepanjang kehamilan tidak akan menyebabkan keguguran, menimbulkan masalah kepada kehamilan ataupun merbahaya kepada janin. Namun begitu, kebanyakan doktor biasanya sangat berhati-hati dalam penggunaan Sinar X kepada ibu hamil & para doktor juga tidak pernah mencadangkan Sinar X dilakukan kepada ibu hamil sebelum usia kandungan mencecah 8 minggu. Sinar X juga akan dilakukan sekiranya ibu hamil benar-benar memerlukan pemeriksaan tersebut & tiada pilihan lain. Hal ini bermaksud Sinar X adalah pilihan terakhir dalam merawat ibu hamil kerana para doktor tidak mahu wujud sebarang risiko walaupun penggunaannya dikatakan selamat kepada ibu hamil. Sila rujuk "Adakah Selamat Menjalani X-ray Ketika Hamil".


MENGGUNAKAN KOMPUTER



MITOS : Penggunaan komputer boleh menyebabkan ibu hamil keguguran.

FAKTA : Jika ibu terpaksa bekerja sepanjang hari di depan komputer, janganlah bimbang radiasi monitor boleh menyebabkan anda keguguran. Ada kajian yang menunjukkan tiada hubungan antara penggunaan komputer dengan keguguran atau masalah bersalin yang lain meskipun anda berada di depan komputer sepanjang hari. Oleh itu, penggunaan komputer adalah selamat untuk ibu hamil.


PENGGUNAAN MICROWAVE & KETUHAR




MITOS : Ada yang menyatakan penggunaan microwave boleh mengganggu kehamilan.

FAKTA : Terdapat laporan yang mengaitkan penggunaan microwave boleh menyebabkan masalah kehamilan. Namun laporan tersebut tidak disertakan dengan bukti ilmiah yang menyatakan penggunaan peralatan elektronik tersebut mengganggu kehamilan. Hal ini sekaligus menyatakan bahawa tiada kajian tentangnya dilakukan. Walau bagaimanapun, berhati-hati adalah perlu terutama sekali jika kita merasa ragu. Seboleh-bolehnya jauhkan diri daripada peralatan elektronik tersebut ketika sedang beroperasi bagi mengelakkan sebarang kemungkinan yang tidak diduga.


TAMPAL GIGI



MITOS : Tampalan gigi dari tembaga yang ditampalkan pada gigi harus dikeluarkan ketika hamil kerana merkuri boleh menyebabkan ibu hamil keguguran.

FAKTA : Tampalan tembaga yang dibuat pada gigi tidak mengandungi merkuri yang boleh menyebabkan keguguran. Dalam ertikata lain penggunaannya adalah selamat. Oleh itu, tampalan tersebut tidak perlu dikeluarkan ketika ibu hamil.

Wassalam
"MAMA SIHAT, KELUARGA SEJAHTERA"


ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA ADALAH PENGEDAR SHAKLEE YANG BERDAFTAR (ID:1115699), BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE.....??????????






Read More

Thursday, April 10, 2014

// // Leave a Comment

Panduan Nutrisi Lengkap Untuk Ibu Mengandung

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera kepada semua pembaca

Saat disahkan hamil (mengandung), pastinya berita tersebut sangat menbuatkan anda & insan-insan tersayang akan merasa sangat gembira & teruja. 



Ibu-ibu hamil sebenarnya diwajibkan mengambil makanan sihat yang mengandungi empat kumpulan makanan berikut bagi membantu perkembangan optimum bayi:
  1. Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan serat, samada segar, sejuk-beku, dalam tin atau yang kering. Cuba makan lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
  2. Makanan yang kaya dengan karbohidrat seperti roti, pasta, nasi dan kentang. Jadikan makanan berkanji sebagai asas hidangan anda dan sebaik-baiknya pilihlah bijian penuh.
  3. Makanan yang tinggi sumber protein seperti daging, ikan, telur dan kekacang yang juga merupakan sumber zat besi yang bagus.
  4. Makanan berasaskan tenusu yang kaya dengan kalsium, seperti susu, keju dan yogurt.


Walau bagaimanapun, ramai ibu hamil tidak mampu untuk mendapatkan segala khasiat yang diperlukan seperti yang tertera. Hal ini kerana kebanyakan ibu-ibu mengalami pelbagai bentuk masalah seperti morning sickness, kurang selera makan, muntah setiap kali menjamah makanan & pelbagai lagi. Akibatnya ramai ibu hamil yang kekurangan nutrisi yang sangat diperlukan ketika hamil.

Pengambilan 400mcg asid folik setiap hari adalah wajib terutama dalam tempoh 12 minggu pertama kehamilan. Makanan-makanan yang mengandungi asid folik semulajadi (Folat) seperti sayur-sayuran hijau dan kekacang adalah sangat disyorkan oleh para doktor. Hal ini kerana pengambilan asid folik boleh mengurangkan risiko bayi mengalami kecacatan pada tulang belakang (kecacatan tiub neural) yang juga dikenali sebagai spina bifida. Kecacatan ini berlaku apabila saraf di dalam tulang belakang terdedah dan rosak.

Selain itu, pengambilan Vitamin B juga sangat perlu kerana kekurangan vitamin B Complex boleh melemahkan sistem saraf & mengganggu fungsi otak. Kekurangannya juga boleh menyebabkan pembentukan sel abnormal & boleh mengakibatkan anemia. Di samping itu, B Complex juga boleh membantu mengatasi masalah seperti keletihan, sesak nafas, insomnia, kurang konsentrasi & mudah tersinggung.

Zat besi juga sangat diperlukan ketika hamil terutama dalam membantu memekatkan darah untuk golongan ibu hamil yang bermasalah kekurangan darah (anemia). Darah yang pekat (lebih) di dalam badan mampu menyokong tumbesaran bayi dalam kandungan sekaligus mengurangkan kes tumpah darah. Zat besi juga boleh diperolehi daripada makanan yang kaya dengan zat besi seperti daging dan kekacang. 


Di samping itu, pengambilan Vitamin C juga adalah penting terutama dalam membantu proses penyerapan zat besi ke dalam badan. Vitamin C juga membantu mengurangkan masalah alahan & meningkatkan sistem imun badan. Vitamin C boleh diperolehi daripada buah-buahan & sayur-sayuran.


Kalsium juga antara Vitamin yang sangat diperlukan ketika hamil. Fungsinya dalam membantu menguatkan tulang & gigi menjadikannya antara vitamin yang penting untuk ibu hamil. Kalsium mudah diperolehi daripada produk tenusu, seperti susu, keju dan yogurt.

Selain itu, ikan laut dan garam laut merupakan sumber iodin yang baik. ibu hamil juga memerlukan banyak iodin dalam diet kerana iodin penting terutama dalam membantu perkembangan otak bayi. 

SARANAN PARA DOKTOR




Walaupun segala zat yang diperlukan oleh ibu hamil boleh diperolehi daripada makanan, namun pengambilan supplement juga sangat penting dalam membantu perkembangan bayi ke tahap yang lebih optimum. Sebab itu, para doktor turut menyarankan pengambilan supplement ketika hamil. Hal ini boleh kita lihat ketika melakukan pemeriksaan kehamilan di mana-mana hospital & klinik, yang mana ibu hamil akan dibekalkan dengan supplement yang tersenarai di atas bagi membantu proses perkembangan bayi ke tahap yang lebih optimum. 

Di manakah saya boleh mendapatkan vitamin pranatal?

Jelas sekali pengambilan vitamin sangat perlu ketika hamil. Oleh itu, Shaklee juga turut menawarkan vitamin yang kaya dengan zat & nutrien yang diperlukan oleh semua ibu hamil. Berikut adalah set-set yang ditawarkan : 









Walau bagaimanapun, ada beberapa vitamin yang tidak sesuai di ambil ketika hamil & harus dielakkan, iaitu : 



Selain itu pengambilan teh, kopi & makanan ringan adalah sangat tidak digalakkan. Percayalah, sekiranya makanan & minuman tersebut dielakkan insyAllah anda akan menjadi ibu hamil yang sentiasa sihat & ceria.



KAMI MENAWARKAN ANDA KEAHLIAN JIKA ANDA INGINKAN LEBIH KEISTIMEWAAN BERSAMA SHAKLEE

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)





BERMINAT UNTUK MEMBELI & BAGAIMANA NAK MEMBELI DENGAN SAYA?????





SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE...?????







Read More

Monday, April 7, 2014

// // 1 comment

SIJIL HALAL SHAKLEE

SHAKLEE ADALAH DISAHKAN HALAL



SAYA ADALAH AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...????







Read More

Sunday, April 6, 2014

// // Leave a Comment

VITA-C PLUS Sustained Release

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

VITA-C PLUS Sustained Release

Vitamin C semulajadi dengan pelepasan jam demi jam

Merupakan produk pertama yang menawarkan vitamin C dengan kawalan pelepasan secara semulajadi yang menggunakan proprietary dengan sistem penyaluran semulajadi yang melepaskan vitamin C sedikit demi sedikit dalam masa lima jam


Sebagai satu antioksidan yang kuat, vitamin C merupakan nutrient yang mempunyai fungsi menyeluruh yang dapat menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun, keutuhan sel serta kesihatan mata, gigi, tulang, otot, dan pembuluh darah.

Vitamin C juga turut membantu dalam mencantikkan kulit dan sangat diperlukan dalam penjagaan kecantikan kulit terutama sekali wanita.

Vitamin C juga sangat penting dalam membantu penyerapan zat besi bagi mengelakkan anemia di kalangan ibu baru bersalin. Penting dalam penjagaan kolagen tubuh. Selain itu, berdasarkan pemerhatian pakar juga, pengambilan vitamin C oleh ibu-ibu yang menyusukan anak mempunyai kosentrasi vitamin C pada bayi. Oleh itu bayi-bayi yang secara eksklusif diberi susu ibu tidak mudah mengalami kekurangan vitamin C.

KELEBIHAN VITA-C PLUS Sustained Release
  • Menyokong kesihatan jantung, kesihatan imun dan keutuhan sel
  •  Menyokong kesihatan mata, gusi, gigi, tulang, otot dan pembuluh darah
  • Menolong mengurangkan simptom alergi
  • Antioksidan semulajadi
  •  Membantu penyerapan Iron dalam badan untuk membantu penghasilan sel-sel darah merah
  •  Membantu mengembalikan keserian kulit dan sangat baik dalam membantu menangani kulit kusam selepas bersalin

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...?????






Read More
// // Leave a Comment

KEHAMILAN - Tips mengatasi Ketidakselesaan di Trimester Akhir

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

TIPS MENGATASI KETIDAKSELESAAN DI TRIMESTER AKHIR KEHAMILAN

Kehamilan lazimnya memang akan membuatkan anda sangat teruja. Malah ada yang tak sabar menunggu detik-detik kelahiran. Apalagi jika anda sekarang sudah berada di trimester terakhir kehamilan.


Walau bagaimanapun, berada di trimester terakhir bukan semudah yang disangkakan. Malah ada para ibu terpaksa berdepan dengan pelbagai masalah termasuk komplikasi kehamilan seperti darah tinggi, kencing manis, anemia, plasenta previa & sebagainya. Ketika ini, sekiranya para ibu kurang mendapat perhatian dan belaian insan-insan tersayang pastinya para ibu akan rasa sangat tertekan. Oleh itu, insan yang paling hampir tentu sekali suami. Suami biasanya akan memainkan peranan dalam menguatkan semangat isteri mereka. Pelbagai cara boleh dilakukan suami antaranya bawa isteri shopping, melancong, membeli makanan kegemaran isteri, menolong melakukan kerja-kerja rumah yang agak membebankan isteri & banyak lagi yang boleh dilakukan para suami.

Selain daripada komplikasi, anda juga mungkin akan mengalami masalah ketidakselesaan terutama sekali bila berada di trimester akhir. Di sini ada tips untuk mengatasi segala kesulitan & ketidakselesaan tersebut

PAYUDARA MEMBESAR :
  1. Semakin besar kandungan maka payudara juga akan semakin membesar
  2. Tisu payudara mungkin bertambah sehingga 1kg. Hal ini akan menimbulkan ketidakselesaan kepada anda terutama jika coli yang sedia ada tak sesuai dengan saiz payudara ketika itu
  3. Cara Mengatasi : 
  • Beli coli yang sesuai dengan saiz payudara ketika itu. 
  • Kalau boleh beli jenis kapas supaya senang menyerap peluh & tiada besi untuk lebih selesa. 
  • Boleh juga beli coli khas untuk menyusu yang bersesuaian dengan saiz terkini payudara, jadi coli tersebut boleh dipakai selepas melahirkan nanti

SAKIT BELAKANG :
  1. Apabila bayi semakin membesar, sendi antara tulang di kawasan pelvis akan meregang
  2. Semakin besar bayi dalam kandungan semakin berat bebanan yang dibawa
  3. Pertambahan berat tersebut akan banyak memberi tekanan kepada tulang belakang
  4. Cara Mengatasi :
  • Banyakkan berehat
  • Duduk di kerusi yang mempunyai sokongan untuk bahagian belakang tubuh. Jika tiada, gunakan bantal & letakkan di belakang badan ketika duduk.
  • Boleh juga meletakkan pek ais atau pek panas bagi membantu melegakan bahagian yang sakit
  • Minta bantuan suami untuk mengurut bahagian yang tidak selesa untuk melegakan & mengurangkan ketidakselesaan tersebut. Tapi suami pula jangan la diurut terlalu kuat, apa yang penting isteri selesa.
  • Boleh juga menggunakan bantal khas untuk ibu hamil. Sandarkan bahagian bawah perut dengan bantal berkenaan, insyAllah ia akan memberikan keselesaan kepada anda.

BENGKAK
  1. Kandungan yang semakin membesar akan memberi tekanan pada urat yang menyebabkan terjadinya bengkak kaki & pergelangan kaki
  2. Air yang berlebihan dalam badan juga boleh mengakibatkan bengkak pada mata & muka terutama pada waktu pagi
  3. Selain itu, tubuh yang membengkak juga boleh memberi tekanan kepada urat yang menyebabkan timbul rasa kebas
  4. Cara Mengatasi : 
  • Berbaring dengan meninggikan bahagian kaki dengan meletakkan bantal di bawah kaki
  • Jika duduk, luruskan kaki ke depan & letakkan bantal dibawah kaki. Untuk lebih selesa, letakkan juga bantal dibelakang badan agar anda dapat menyandar dengan lebih selesa.



KONTRAKSI BRAXTON HICKS
  1. Kontraksi ini merupakan latihan awal kepada ibu hamil sebelum rahim benar-benar melalui proses awal kelahiran bayi
  2. Tidak menyakitkan cuma akan mengganggu keselesaan anda
  3. Datang dalam selang masa tertentu & tidak tetap. Tidak tetap bermaksud anda akan merasakan kontraksi ketika ini, selepas sejam anda akan merasakannya semula, setelah itu 15 minit kemudian ada kontraksi semula, lepas tu lebih kurang 2 jam baru kontraksi datang semula. Itulah yang dikatakan kontraksi Braxton Hicks
  4. Kontraksi sebenar adalah tetap & sakit. Malah semakin rapat selang masa & semakin tetap, kontraksi akan menjadi semakin sakit sampai ada sesetengah ibu yang sampai menangis kerana tak tahan menanggung kesakitan kontraksi. Tetapi anda tak perlu bimbang sebab kesakitan kontraksi bagi setiap ibu adalah berlainan. Jadi berdoa banyak-banyak agar segalanya dipermudahkan.
  5. Cara Mengatasi :
  • Ketika kontraksi berlaku, tenangkan minda & berehat
  • Sematkan dalam minda bahawa kontraksi tersebut adalah untuk persediaan anda bagi menghadapi proses bersalin
  • Jika anda tenang, insyAllah anda tidak akan merasa tertekan & kontraksi tersebut juga tidak akan menyakitkan.
  • Walau bagaimanapun, anda juga perlu mendapatkan maklumat tambahan tentang kontraksi sebenar sama ada melalui doktor anda mahupun melalui pembacaan.
  • Untuk lebih info sila rujuk informasi tentang Kontraksi Braxton Hicks atau False Alarm VS Proses Kelahiran Sebenar.

SUKAR BERNAFAS
  1. Ada sesetengah ibu menghadapi masalah sukar bernafas ketika kehamilan semakin membesar
  2. Ada juga faktor kesukaran bernafas disebabkan kandungan yang semakin membesar & menekan rongga dada & paru-paru
  3. Cara Mengatasi :
  • Kekalkan postur tubuh yang baik
  • Jika mengalaminya ketika tidur digalakkan menggunakan bantal khas kehamilan agar dapat membantu melegakan tekanan di bahagian paru-paru
  • Jika tiada, memadai meletakkan bantal di bawah perut ketika tidur mengiring
  • Digalakkan tidur mengiring ke sebelah kiri bagi membolehkan darah berjalan lancar
  • Jika mengalami masalah ini dalam keadaan jaga, berehatlah sebentar sambil menarik nafas & menghembuskannya secara perlahan-lahan. Tujuannya adalah untuk merehatkan seluruh otot anggota badan


PEDIH ULU HATI
  1. Rahim yang membesar akan menolak perut keluar daripada kedudukan asalnya sehingga menyebabkan pedih ulu hati
  2. Selain itu, pemakanan yang berminyak, berempah & pedas juga boleh menyebabkan pedih ulu hati
  3. Cara Mengatasi :
  • Makan dalam jumlah yang sedikit tetapi kerap
  • Minum banyak air di antara selang waktu makan utama
  • Elakkan makanan bergoreng, berempah, minuman berkarbonat & jus sitrus
  • Minum susu ataupun malt coklat juga dikatakan boleh membantu mengurangkan masalah ini

KERAP MEMBUANG AIR KECIL
  1. Apabila bayi membesar & semakin menghampiri pelvis, tekanan akan mengenai pundi kencing
  2. Anda akan kerap membuang air kecil terutama pada waktu malam & jika minum terlalu banyak air 
  3. Kadang-kadang anda boleh terbuang air kecil tanpa sengaja ketika ketawa, batuk mahupun bersin
  4. Cara Mengatasi :
  • Pakai Panty Liner (pelapik seluar dalam)
  • Paling penting kerap lakukan senaman kegel bagi mengelak masalah tersebut terus berlarutan
  • Jangan minum terlalu banyak air 3 jam sebelum masuk tidur

SUKAR TIDUR
  1. Masalah sukar tidur memang sering berlaku kepada para ibu hamil terutama di trimester terakhir
  2. Merasa kurang selesa kerana perut dirasakan semakin berat
  3. Kadang-kadang timbul rasa senak terutama jika mengambil makanan yang banyak sebelum masuk tidur 
  4. Tak rasa mengantuk menyebabkan anda sukar untuk melelapkan mata
  5. Cara Mengatasi :
  • Mengiring ke sebelah kiri sewaktu tidur. Tujuannya untuk mengelak rahim daripada menekan pembuluh darah besar di belakang rahim
  • Cuba dapatkan posisi tidur yang paling selesa
  • Alas tubuh dengan bantal di bahagian belakang badan & depan badan. Paling mudah gunakan bantal kehamilan
  • Membaca buku sebelum tidur juga boleh membuatkan anda mengantuk & tidur lena
  • Minum segelas susu panas & pengambilan minuman seperti kopi ataupun teh adalah sangat tidak digalakkan terutama ketika masuk waktu tidur
  • Minta suami membelai anda kerana dengan belaian lembut suami, isteri akan berasa relax & tenang & ia akan memudahkan anda untuk tidur lena

BERPELUH
  1. Peningkatan hormon progesteron akan membuatkan anda mudah berasa panas & berpeluh
  2. Ditambah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu ketika ini memang pastinya akan membuat anda bertambah tidak selesa
  3. Cara Mengatasi :
  • Pakai pakaian daripada fabrik yang mudah menyerap peluh
  • Pakai pakaian yang sesuai dengan persekitaran & keadaan cuaca
  • Minum air dalam jumlah yang mencukupi yang diperlukan badan agar tubuh tidak mengalami dehidrasi

BERAT BADAN
  1. Sehingga tarikh jangkaan bersalin, berat badan anda mungkin akan naik antara 11 hingga 16kg
  2. Pertambahan berat akan memberi tekanan ke seluruh tubuh terutama bahagian belakang
  3. Pertambahan berat juga akan membuatkan anda malas atau tak mampu melakukan kerja-kerja dengan baik & akan menimbulkan ketidakselesaan
  4. Cara Mengatasi :
  • Kawal pemakanan, pengambilan makanan yang sihat tidak akan menyebabkan berat badan naik melampau
  • Jangan pakai kasut tumit tinggi. Lebih elok memakai kasut yang tak bertumit
  • Sentiasa jaga postur tubuh bagi mengelakkan sakit belakang & menambah keselesaan anda

"Semoga dengan informasi ini, insyAllah anda akan dapat melalui saat kehamilan yang cukup membahagiakan & penuh bermakna buat anda & si kecil anda...;)".

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN SET KEHAMILAN (MENGANDUNG) SHAKLEE...?????








Read More
// // Leave a Comment

Resepi - Milk Shake Jagung Shaklee...So Yummy!!!! ;)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca

Kepada semua penggemar milk shake, kat sini saya nak kongsikan resepi yang sememangnya sangat sedap bagi saya la kan...hehehe. Selain daripada rasanya yang sedap & creamy, Milk Shake ni jugak saya datangkan dengan khasiat yang sememangnya SUPERB!!! Sangat sesuai untuk mereka yang ingin berdiet tetapi dalam masa yang sama inginkan resepi yang sangat menyelerakan, memberi tenaga & menyihatkan. Sesiapa yang nak cuba jom tengok apa bahan-bahannya.



BAHAN-BAHAN


  1. 2 sudu besar Meal Shake
  2. 3 susu besar ESP
  3. 2 sudu besar jagung (Cream style)
  4. 2 scoop ais krim jagung
  5. Ais ketul (jika perlu)
  6. 300ml air masak (banyak air juga bergantung kepada citarasa anda)
CARA PENYEDIAAN
  1. Sediakan gelas tinggi bersaiz lebih kurang 400ml
  2. Masukkan Meal Shake, ESP, aiskrim jagung, air & ais ketul (jika suka) ke dalam blender
  3. Blend sampai sebati
  4. Masukkan 1 sudu jagung cream ke dalam gelas tinggi tadi
  5. Tuangkan Milk Shake yang telah siap diblend tadi ke dalam gelas tinggi tadi
  6. Letakkan baki jagung cream dipermukaan atas Milk Shake kita
  7. Milk Shake siap untuk diminum...;)
"Milk Shake ini juga boleh diubahsuai mengikut citarasa anda semua...sekiranya anda menggemari strawberi, jadi tukarkan jagung dengan strawberi. Jika gemarkan mangga tukar saja jagung tadi dengan mangga. Janji anda semua dapat menikmati Milk Shake yang penuh khasiat ini mengikut citarasa anda".
Cubalah...!!! Saya yakin anda semua pasti akan berpuashati...;)

Wassalam

ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN PRODUK SHAKLEE...?????










Read More