Sunday, June 1, 2014

// // 3 comments

Apa Itu Pneumokokus?

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera buat para sahabat yang dikasihi sekalian...

Info yang ingin dikongsikan kali ini ialah tentang pneumokokus. Walau bagaimanapun info ini adalah sebagai rujukan asas & informasi kita sahaja. Bagi info yang lebih lanjut boleh dirujuk kepada pakar perubatan yang merawat.


APA ITU PNEUMOKOKUS?

Pneumokokus atau bahasa saintifiknya ialah Invasive Pneumococcal Disease (IPD) adalah sejenis penyakit berjangkit & boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Menurut para pakar kanak-kanak, tiada cara lain yang boleh menghalang/ menjauhkan kanak-kanak daripada IPD kecuali dengan pemberian vaksin.




Menurut catatan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 700 ribu sehingga sejuta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit ini. Apa yang paling menyedihkan, penyakit ini lebih banyak menyerang kanak-kanak di negara membangun. Sehingga sekarang, kos rawatan penyakit ini agak mahal. Jika pesakit boleh sembuh sekalipun, penyakit ini juga boleh memberikan kesan sampingan yang lain seperti lumpuh, hilang pendengaran, gangguan saraf & tahap kecerdasan menurun. Jadi langkah & ubat terbaik adalah dengan mencegah penyakit ini daripada menjangkiti anak-anak kita. Yelah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati kan... ;)


APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT IPD INI?

Penyakit ini adalah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumoniae yang berjangkit melalui darah & bersifat merosak. Beberapa penyakit yang termasuk dalam kumpulan ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) & infeksi darah (bakteremia). Penyakit ini juga ada kaitan dengan infeksi darah & mengakibatkan kegagalan fungsi organ tubuh.


 


Bakteria penyebab penyakit ini hidup secara normal di kerongkong & hidup pada anak yang sihat. Ia boleh menjadi berbahaya kerana bakteria ini masuk ke dalam sirkulasi darah yang kemudian boleh merosakkan organ-organ tubuh sehingga organ tubuh mengalami gangguan fungsi akibat jangkitan.


JANGKITAN

IPD boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira usia & boleh menyerang di mana-mana sahaja. Menurut pakar kesihatan, bakteria menjadi ganas pada usia bayi & kanak-kanak pada usia di bawah 2 tahun. Risiko jangkitan akan menjadi lebih tinggi jika keadaan fizikal bayi & kanak-kanak baru sembuh dari sakit. Hal ini kerana sistem kekebalan mereka masih terlalu lemah & sangat mudah untuk dijangkiti apa jua jenis penyakit. Jadi kebarangkalian untuk dijangkiti IPD menjadi lebih besar.




IPD boleh berjangkit melalui percikan air liur semasa bercakap, bersin & batuk. Bakteria ini sangat mudah tersebar pada tempat-tempat umum yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, taman permainan, pusat asuhan & tadika.







RAWATAN & PENCEGAHAN

Bakteria Streptococcus IPD boleh dimatikan dengan antibiotik, khususnya penisilin. Namun terdapat kes bakteria menjadi kebal terhadap kebanyakan antibiotik seperti penisilin, erythromycin, trimepthoprin-sulfamethoxazole & cephalosporin sehingga menyukarkan proses rawatan.

Oleh yang demikian, langkah yang paling berkesan boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa adalah dengan menjauhi anak-anak kita daripada penyakit ini dengan cara memberikan vaksin pneumokokus. Di mana nak mendapatkan vaksin ini? Vaksin ini tidak diberikan oleh klinik atau hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, vaksin ini boleh didapatkan di klinik2 & hospital2 swasta dengan anggaran kos untuk 1 dos lebih kurang RM200 - RM300. 







Oleh itu saya harap perkongsian ini boleh menberikan serba sedikit gambaran tentang penyakit IPD ini. Beringat sebelum terjadi adalah lebih baik & semoga anak-anak kita akan sentiasa dilindungi Allah SWT...Amin ;)

Jika sahabat-sahabat semua inginkan info tambahan lagi, boleh layari web-web ini :

  1. What is Pneumococcal Disease?
  2. Pneumococcal Infection
  3. Pneumococcal Infections
  4. Symptoms & Complications
  5. What are the Signs & Symptoms of Pneumococcal Disease?
  6. Pneumococcal Vaccine

Wassalam

3 comments:

  1. uih takutnya...semudah tu pun boleh berjangkit ya. semoga anak-anak kita semua dilindungi dari penyakit2 berbahaya ni. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanx 4 d visit dear...tu la pasal...ramai ibu-bapa kurang alert dgn penyakit ni...hrp2 perkongsian ni dpt membantu para ibu bapa...jaga anak elok2 yer dik...;)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete