Tuesday, March 4, 2014

// // Leave a Comment

Penyusuan Awal Selepas Kelahiran

Assalamualaikum WBT & Salam Sejahtera kepada Semua Pembaca Sekalian...

PENYUSUAN AWAL SELEPAS KELAHIRAN

Info yang ingin saya kongsikan kali ini ialah tentang penyusuan awal susu ibu selepas kelahiran. Bagi ibu-ibu yang baru bersalin umumnya sudah pasti inginkan yang terbaik untuk bayi yang baru dilahirkan dan apa yang terbaik untuk bayi anda sudah semestinya pelukan penuh kasih sayang dan juga susu dari ibu itu sendiri. Secara dasarnya, bayi yang baru dilahirkan dikatakan sudah mempunyai survival instinct mereka sendiri. Hal ini terbukti apabila dalam masa yang singkat selepas dilahirkan, tanpa dibantu oleh sesiapa sekalipun bayi boleh mencari puting susu ibunya dan boleh menyusu dengan baik.


Menurut pakar, sejam selepas dilahirkan bayi mempunyai naluri ( instinct ) mereka sendiri untuk membawanya mencari puting susu ibunya. Perilaku ini dikenali sebagai inisiasi menyusu awal (IMD), iaitu perilaku bayi yang terus menyusu sebaik sahaja dilahirkan. Hakikatnya banyak manfaat inisiasi awal ini, antaranya ialah :-
  • Susu pertama ibu mengandungi kolostrum (cairan khusus yang berwarna putih kekuningan). Sekiranya para ibu yang baru bersalin ingin mengetahui dengan lebih jelas tentang keberadaan kolostrum di dalam susu ibu adalah dengan cara mengeluarkan susu ibu secara manual (mengepam dengan alat pengepam atau menggunakan tangan). Setelah itu, cuba perhatikan warna susu tersebut pastinya para ibu akan mendapati warna susu tersebut agak kekuningan dan susu itulah yang dikatakan mengandungi kolostrum yang banyak. Walau bagaimanapun, selepas dikeluarkan secara manual jangan la pula susu itu dibuang sebaiknya diberikan terus kepada bayi kerana kolostrum sangat penting bagi bayi terutama yang baru lahir. Kolostrum mengandungi antibodi yang disebut sebagai secretory immunoglobulim A (IgA), ia berfungsi sebagai antibodi semulajadi yang melindungi bayi daripada jangkitan penyakit.
  • Dengan melakukan penyusuan awal, proses penyusuan secara eksklusif akan menjadi lebih mudah kerana ibu lebih terstimulasi semasa menyusukan bayinya. Bayi yang menyusu susu ibu akan menyentuh dada ibunya dan hal ini akan membantu para ibu mendapat rangsangan sensorik yang kemudiannya mengarahkan otak untuk menghasilkan hormon oksitosin dan prolaktin. Hormon tersebut sangat penting dalam merangsang penghasilan dan pengeluaran susu ibu.

Gambarajah 1 : Membantu pemahaman para ibu dengan lebih jelas tentang hormon prolaktin dan oksitosin


Gambarajah 2 : Peranan hormon prolaktin dan oksitosin dalam payudara yang membantu penghasilan dan pengeluaran susu ibu.


Gambarajah 3 : Menurut kata doktor pakar tentang hormon prolaktin dan oksitosin.
  • Bayi yang menyusu awal, kebanyakannya mengambil masa menyusunya dua kali lebih lama jika dibandingkan dengan bayi yang tidak disusukan awal.
  • Bayi yang dibiarkan bersentuhan secara langsung dengan ibunya akan mengalami penurunan hormon stress dan menjadikannya lebih tenang. Manakala pernafasan dan degup jantung bayi akan lebih stabil. Sedangkan bayi yang dipisahkan dari ibunya semasa dilahirkan akan meningkatkan 50% hormon stress sehingga antibodinya menurun.
  • Selain itu, penyusuan awal juga membantu mengelakkan kematian bayi di bawah usia 28 hari.
Untuk melakukan inisiasi awal, ia perlu dilakukan berperingkat-peringkat, antaranya ialah :-
  1. Ajak suami atau ahli keluarga mendampingi semasa di bilik bersalin. Hal ini sedikit sebanyak membantu ibu untuk lebih tenang dan bersemangat ketika proses bersalin.
  2. Seboleh mungkin elakkan menggunakan sebarang ubat yang mengandungi bahan kimia dalam membantu proses bersalin kerana dikhuatiri memberi impak yang negatif kepada ibu mahupun bayi.
  3. Beri peluang kepada ibu menentukan cara dan posisi melahirkan bayinya. Hal ini sedikit sebanyak membantu ibu untuk meningkatkan tahap keyakinannya ketika proses bersalin dan mengurangkan rasa stress kepada ibu yang mana ibu yang stress keterlaluan boleh mempengaruhi mood bayi yang dilahirkan.
  4. Keringkan bayi secepat mungkin tanpa menghilangkan vernix (bahan seperti gris yang melekat pada tubuh bayi).
  5. Letakkan bayi dalam posisi meniarap di dada atau di perut ibu dan selimutkan kedua-duanya
  6. Biarkan bayi mencari sendiri puting susu ibunya. Ibu juga boleh merangsang bayi dengan melakukan gerakan lembut dan mendekatkan puting pada bayi, tetapi jangan pula dipaksa.
  7. Biarkan bayi berada dalam posisi kulit bersentuhan dengan kulit ibu (skin to skin) sehingga proses menyusu pertama selesai.
Setelah mengetahui tentang fakta penyusuan awal selepas kelahiran, saya pasti para pembaca sudah memahami bahawa
"penyusuan seawal kelahiran juga sangat penting dalam memastikan para ibu berjaya dalam menyusukan bayi mereka. Walau bagaimanapun, untuk memastikan penghasilan susu ibu yang berkualiti adalah dari pemakanan ibu itu sendiri ketika hamil dan juga ketika berpantang".




ANDA RASA PRODUK SHAKLEE NI MAHAL???? Jangan bimbang...anda juga boleh membeli dengan harga ahli...
BAGAIMANA CARANYA???? Anda harus menjadi ahli terlebih dahulu. Jangan bimbang, jadi ahli Shaklee sama saja konsepnya seperti menjadi ahli JCard, Tesco & BonusLink. Malah jika point anda telah mencapai 150 anda akan mendapat Bonus dalam bentuk Cash Money...;)
YURAN KEAHLIAN MAHAL TAK & KENA RENEW TAK????? Yuran keahlian adalah RM65 & Pos RM10 = RM75 (Sepanjang Hayat)...tak perlu renew kerana keahlian adalah sepanjang hayat. Malah jika pembelian anda RM650 ke atas, anda akan berpeluang mendapat keahlian PERCUMA!!!
KALAU DAH JADI AHLI NAK BELI BARANG MACAM MANA????? Senang saja, pergi ke Cawangan Shaklee yang berdekatan atau boleh juga membeli melalui online terus dengan Shaklee Malaysia...Mudah bukan...;)
BERMINAT NAK JADI AHLI????? Lagi senang, hubungi sahaja saya Pengedar Shaklee Terbaik Anda...;)

SAYA AHLI BERDAFTAR SHAKLEE (SID:1115699) BERMINAT DENGAN SET PENYUSUAN SHAKLEE...?????








0 comments:

Post a Comment