Set Bersalin Shaklee bantu ibu bersalin Pembedahan sembuh dan cergas dalam masa 7 hari sahaja!!! Tunggu dulu.....

Anda tiba ke sini kerana mencari Harga Set Bersalin Shaklee? Kami tawarkan LEBIH BOMBASTIC buat anda! Rahsia Set Bersalin Shaklee elakkan bayi jaundice. Sambil jana 5 angka bersama anak-anak di rumah hanya dengan Daftar Sebagai Ahli Shaklee


Rahsia yang kami jamin Pengedar Shaklee lain tidak tahu:-

  • Cara Makan Set Bersalin Shaklee yang betul ikut nasihat Nutritionist.
  • Set Shaklee yang betul ikut nasihat pakar Shaklee (bukan hentam ikut orang!)
  • Sambil jaga anak sambil 5 angka pendapatan suka-suka dari rumah

Sunday, June 1, 2014

// // 3 comments

Apa Itu Pneumokokus?

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera buat para sahabat yang dikasihi sekalian...

Info yang ingin dikongsikan kali ini ialah tentang pneumokokus. Walau bagaimanapun info ini adalah sebagai rujukan asas & informasi kita sahaja. Bagi info yang lebih lanjut boleh dirujuk kepada pakar perubatan yang merawat.


APA ITU PNEUMOKOKUS?

Pneumokokus atau bahasa saintifiknya ialah Invasive Pneumococcal Disease (IPD) adalah sejenis penyakit berjangkit & boleh menyebabkan kematian kepada kanak-kanak. Menurut para pakar kanak-kanak, tiada cara lain yang boleh menghalang/ menjauhkan kanak-kanak daripada IPD kecuali dengan pemberian vaksin.




Menurut catatan Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO), lebih kurang 700 ribu sehingga sejuta kanak-kanak meninggal dunia setiap tahun disebabkan penyakit ini. Apa yang paling menyedihkan, penyakit ini lebih banyak menyerang kanak-kanak di negara membangun. Sehingga sekarang, kos rawatan penyakit ini agak mahal. Jika pesakit boleh sembuh sekalipun, penyakit ini juga boleh memberikan kesan sampingan yang lain seperti lumpuh, hilang pendengaran, gangguan saraf & tahap kecerdasan menurun. Jadi langkah & ubat terbaik adalah dengan mencegah penyakit ini daripada menjangkiti anak-anak kita. Yelah mencegah adalah lebih baik daripada mengubati kan... ;)


APAKAH SEBENARNYA PENYAKIT IPD INI?

Penyakit ini adalah sekumpulan penyakit disebabkan bakteria streptococcus pneumoniae yang berjangkit melalui darah & bersifat merosak. Beberapa penyakit yang termasuk dalam kumpulan ini adalah radang paru-paru (pneumonia), radang selaput otak (meningitis) & infeksi darah (bakteremia). Penyakit ini juga ada kaitan dengan infeksi darah & mengakibatkan kegagalan fungsi organ tubuh.


 


Bakteria penyebab penyakit ini hidup secara normal di kerongkong & hidup pada anak yang sihat. Ia boleh menjadi berbahaya kerana bakteria ini masuk ke dalam sirkulasi darah yang kemudian boleh merosakkan organ-organ tubuh sehingga organ tubuh mengalami gangguan fungsi akibat jangkitan.


JANGKITAN

IPD boleh menyerang sesiapa sahaja tidak mengira usia & boleh menyerang di mana-mana sahaja. Menurut pakar kesihatan, bakteria menjadi ganas pada usia bayi & kanak-kanak pada usia di bawah 2 tahun. Risiko jangkitan akan menjadi lebih tinggi jika keadaan fizikal bayi & kanak-kanak baru sembuh dari sakit. Hal ini kerana sistem kekebalan mereka masih terlalu lemah & sangat mudah untuk dijangkiti apa jua jenis penyakit. Jadi kebarangkalian untuk dijangkiti IPD menjadi lebih besar.




IPD boleh berjangkit melalui percikan air liur semasa bercakap, bersin & batuk. Bakteria ini sangat mudah tersebar pada tempat-tempat umum yang menjadi tumpuan orang ramai seperti pusat membeli-belah, taman permainan, pusat asuhan & tadika.







RAWATAN & PENCEGAHAN

Bakteria Streptococcus IPD boleh dimatikan dengan antibiotik, khususnya penisilin. Namun terdapat kes bakteria menjadi kebal terhadap kebanyakan antibiotik seperti penisilin, erythromycin, trimepthoprin-sulfamethoxazole & cephalosporin sehingga menyukarkan proses rawatan.

Oleh yang demikian, langkah yang paling berkesan boleh dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa adalah dengan menjauhi anak-anak kita daripada penyakit ini dengan cara memberikan vaksin pneumokokus. Di mana nak mendapatkan vaksin ini? Vaksin ini tidak diberikan oleh klinik atau hospital kerajaan. Walau bagaimanapun, vaksin ini boleh didapatkan di klinik2 & hospital2 swasta dengan anggaran kos untuk 1 dos lebih kurang RM200 - RM300. 







Oleh itu saya harap perkongsian ini boleh menberikan serba sedikit gambaran tentang penyakit IPD ini. Beringat sebelum terjadi adalah lebih baik & semoga anak-anak kita akan sentiasa dilindungi Allah SWT...Amin ;)

Jika sahabat-sahabat semua inginkan info tambahan lagi, boleh layari web-web ini :

  1. What is Pneumococcal Disease?
  2. Pneumococcal Infection
  3. Pneumococcal Infections
  4. Symptoms & Complications
  5. What are the Signs & Symptoms of Pneumococcal Disease?
  6. Pneumococcal Vaccine

Wassalam
Read More

Friday, May 30, 2014

// // Leave a Comment

Vitamin yang Sesuai Untuk Pesakit G6PD

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera  para sahabat sekalian...

Setelah kita mengenali apa itu G6PD...sekarang masa untuk kita mengenali vitamin-vitamin yang sesuai bagi membantu pesakit G6PD menjalani kehidupan yang sihat. Seperti yang telah saya tulis dalam entri sebelum ini, pesakit tidak boleh terdedah dengan bahan2 tertentu seperti beberapa jenis antibiotik & ubat malaria. Hal ini kerana sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya, pesakit akan mengalami gejala penyakit anemia seperti pucat, sesak nafas, lemah & tidak bermaya.

Bagi meningkatkan tahap oksidan dalam tubuh, Vitamin E dapat membantu tetapi elakkan pengambilan Vitamin C terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan berlakunya hemolisis. Digalakkan juga mengambil asid folik secara berterusan kerana ia dapat membina sel-sel darah merah serta mengurangkan hemolisis.

Bagi golongan lelaki dewasa yang menghidap G6PD, adalah disarankan untuk mengambil Vitalea, Vita-E Complex, B-Complex & Ostematrix. Kesemua vitamin tersebut sangat sesuai bagi membantu pesakit

  1. menggalakkan pertumbuhan sel darah merah yang boleh mengurangkan terjadinya hemolisis, 
  2. meningkatkan sistem imun tubuh, 
  3. membantu dalam menghalang kerosakan sel oleh radikal bebas (anti-oksidan) 
  4. menguatkan sistem tulang agar pesakit dapat menjalani kehidupan sihat & bertenaga.

 


Bagi golongan ibu yang menyusukan anak yang menghidap G6PD, ibu-ibu tidak digalakkan menggambil alfalfa kerana alfalfa mengandungi vitamin K yang tinggi. Dikhuatiri bayi alah kepada alfalfa walaupun ada sesetengah bayi yang tiada masalah walaupun ibunya mengambil alfalfa dalam kuantiti yang rendah. Dalam ertikata lain berjaga-jaga adalah lebih baik.

Vitamin yang sesuai bagi ibu yang menyusukan bayi G6PD ialah Vitalea, Ostematrix & B-Complex. Bagaimana pula dengan ESP? Memang ESP digalakkan bagi ibu menyusu tetapi disini untuk ibu yang menyusukan bayi G6PD saya tidak begitu menyarankan kerana ESP mengandungi unsur kacang soya, pesakit G6PD seboleh-bolehnya disarankan agar mengelakkan makanan yang berunsurkan kekacang. Jadi saranan saya seeloknya tidak perlulah mengambil ESP. Bagi tujuan milk booster cuba gunakan kaedah Supply Vs Demand, insyAllah kalau kita berusaha pasti Allah permudahkan segala urusan kita...;)

Di bawah ini saya ada kutip sedikit info tentang ubat-ubatan yang tidak boleh dimakan oleh pesakit G6PD. Info ini dipetik daripada

Professor Dr Zulkifli Ismail
Dr Lean Hamzah Sendut

Apendiks 4 :

  1. Primaquine
  2. Chloroquine
  3. Quinine 
  4. Sulfanilamide
  5. Sulphacetamide
  6. Sulphamethoxazole (Bactrim)
  7. Dapsone
  8. Nitrofurantoin
  9. Ciprofloxacin
  10. Methylene Blue
  11. Nalidixic Acid
  12. Napthalene (Ubat Gegat)*
  • Elakkan semua ubat-ubatan Cina & Melayu
  • * Untuk 3 minggu pertama kelahiran, jangan gunakan pakaian yang terdedah kepada ubat gegat
  • Elakkan makanan yang mengandungi pewarna tiruan methylene & toluidine blue
Lain-lain yang perlu dielakkan ialah :
  1. Fava Bean (kacang parang)
  2. Ubat tradisional
  3. Parabenecid
  4. Dimercaprol
  5. Dapsone
  6. Procainamide
  7. Para-Aminobenzoic Acid
  8. Silver Sulphadiazine Cream
Ubat untuk Merawat Malaria :
  1. Choroquine
  2. Hydroxycloroquine
  3. Pamaquine
  4. Mepacrine (Quinacrine)
Ubat Penahan Sakit
  1. Acetylsalicylic Acid (Aspirin)
  2. Phenacetin (Acetophenetidin)
  3. Aminopyrine (Amidopyrine)
Ubat Antibiotik
  1. Cloramphenicol
  2. Cotrimoxazole (Bactrim)
  3. Furazolidine
  4. Nalidixic Acid
  5. Nitrofurantoin
  6. Nitrofurazone
  7. Para-Aminosalicy Acid
  8. Ubat-ubat berasaskan sulfur & sebagainya
  9. Sulfapyridine
  10. Sulfasalazine
Semoga semua info ini dapat membantu para sahabat sekalian ye...untuk maklumat lanjut tentang Shaklee, boleh la hubungi saya 




Wassalam

Read More

Thursday, May 29, 2014

// // Leave a Comment

Mengenali G6PD

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera buat sahabat semua...

Penyakit Glukosa-6- Fostat Dehidrogenase (G6PD) bukanlah sejenis penyakit berbahaya. G6PD merupakan penyakit yang melibatkan kekurangan enzim yang berfungsi membina sel darah merah. Kekurangan enzim ini menyebabkan tenaga dihasilkan oleh glukosa berkurangan.


PUNCA G6PD

G6PD lebih banyak berpunca daripada genetik atau keturunan yang melibatkan kromosom X & cenderung berlaku kepada bayi lelaki berbanding perempuan. Walau bagaimanapun, kebarangkalian berlaku adalah nisbah 5 daripada 100 kelahiran.

Penyakit ini tidak menjejaskan IQ serta tumbesaran bayi. Mereka boleh belajar & membesar seperti kanak-kanak lain. Namun penyakit ini boleh berlanjutan sehingga dewasa & memerlukan keperihatinan kita agar bayi tidak terdedah dengan sebarang penyebab G6PD.


TANDA-TANDA PENYAKIT G6PD

Penyakit ini akan dialami apabila bayi menghadapi hemolisis iaitu kerosakan sel darah merah yang mana akan menyebabkan bayi mengalami demam kuning (jaundis) di tahap awal. Hal ini akan menyebabkan bayi 




  1. Menjadi lemah, 
  2. Kelihatan pucat, 
  3. Sukar untuk bernafas, 
  4. Air kencing berwarna gelap & berdarah, 
  5. Malah ada sesetengah kes menyebabkan bayi pengsan.
Sekiranya simtom di atas berlaku, langkah terbaik adalah, bawa si kecil mendapatkan rawatan doktor dengan segera. Sekiranya dibiarkan mungkin hemolisis akan bertambah parah & memerlukan pemindahan darah.

Setakat ini, tiada ubat untuk merawat penyakit G6PD. Sekiranya berlaku di tahap serius, hanya pemindahan darah sahaja yang boleh dilakukan. Oleh yang demikian, cara terbaik untuk merawat G6PD adalah dengan cara menghindari faktor penyebabnya.


Hemolisis : Sel Darah Merah yang Rosak

Kebanyakan penghidap G6PD jarang mengalami sebarang gejala ataupun komplikasi. Walau bagaimanapun, bagi mereka yang terdedah bahan2 tertentu seperti beberapa jenis antibiotik & ubat malaria, sel darah merah akan mudah terpecah dengan lebih awal dari tempoh matangnya. Akibatnya, pesakit akan mengalami gejala penyakit anemia seperti pucat, sesak nafas, lemah & tidak bermaya.




Pada kebiasaannya pesakit tidak perlu menjalani rawatan melainkan pesakit telah menunjukkan simptom2 atau tanda2 komplikasi seperti di atas. Pesakit perlu mengelak sebarang perkara yang boleh menyebabkan sel darah merah pecah seperti makan kacang parang, terdedah kepada ubat gegat & minum terlalu banyak air kosong melebihi 1 liter dalam 1 masa tanpa kehausan, bersenam, tidak letih mahupun tidak berasa kering akibat pengambilan kadar gula & nutrien. Dalam erti kata lain, minum air kosong bila perlu sahaja. Adalah penting untuk memberitahu doktor yang bayi anda pesakit G6PD setiap kali ke mana-mana klinik kesihatan. Hal ini kerana terdapat beberapa jenis ubat yang tidak boleh diambil atau dimakan oleh pesakit G6PD. 





Sebaiknya elakkan bayi/anak daripada semua faktor penyebab. Bagi meningkatkan tahap oksidan dalam tubuh, Vitamin E dapat membantu tetapi elakkan pengambilan Vitamin C terlalu tinggi kerana boleh menyebabkan berlakunya hemolisis. Digalakkan juga mengambil asid folik secara berterusan kerana ia dapat membina sel-sel darah merah serta mengurangkan hemolisis. Kita juga boleh menggunakan alat "Medic Alert" pada anak bagi mengenal pasti berlakunya hemolisis. Alat tersebut mudah didapati difarmasi serta klinik berhampiran dengan harga yang berpatutan.

Sekiranya sikecil demam atau menghadapi penyakit lain, dapatkan pemeriksaan doktor terlebih dahulu sebelum membeli apa jua jenis ubat. Walau bagaimanapun, adalah disarankan agar kita membawa anak berjumpa doktor & mengambil ubat atas saranan doktor. Anak yang menghidap G6PD mungkin lebih cenderung kepada jangkitan penyakit kerana sel darah putih yang menurun. Namun, hemolisis yang berlaku adalah terkawal kerana sel darah merah baru akan sentiasa menggantikan sel-sel yang lama.

Sekiranya para sahabat inginkan info yang lebih lanjut boleh layari web-web di bawah :

Read More

Wednesday, May 21, 2014

// // Leave a Comment

Petua Memperbanyakkan Susu Ibu

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera buat semua sahabat-sahabatku

Kalau kita tengok trend carian google sekarang memang ramai yang tercari2 petua nak banyakkan susu ibu...yelah semakin hari kita lihat semakin ramai ibu-ibu sedar yang susu ibu adalah yang terbaik untuk bayi mereka. Perkembangan yang sangat positif...alhamdulillah... ;)



Bukan ibu-ibu saja tau, malah saya sendiri pun kini merasakan perbezaan menyusukan susu ibu dengan memberikan susu formula kepada anak kita...bezanya, memang nyata sekali...sebelum anak ke-3, dua orang anak saya consume susu formula...yang syoknya sejak dalam pantang saya dah susun produk tenusu mana yang paling baik & sesuai untuk anak saya...perbelanjaan untuk susu formula memang tinggi...tapi dah dinamakan sebagai ibu, mahal macam mana sekalipun demi untuk anak tersayang saya sanggup...asalkan anak saya dapat yang terbaik...

Saya bagi anak sulong & anak ke-2 saya susu formula atas sebab susu kering...memang ada ungkapan kata "Supply Vs Demand"...tapi walaupun anak sulong saya seorang yang kuat minum susu, pengeluaran air susu tetap sedikit sudahnya dia tetap menangis sebab tak kenyang. Mau tak mau terpaksalah sulam dengan susu formula...lagi pula saya ni dari dalam pantang sampai habis pantang memang sangat liat nak makan...jadi kalau makan kita pun tak sepertinya, macam mana susu nak keluar banyak...last2 lepas habis pantang ja susu memang kering...kalau ada pun & kalau kata nak pam rasanya tak sampai 2oz coz saya sendiri dah cuba kononya nak paksa banyakkan susu.... :)

Ok la...hold dulu cerita pasal saya, sat g kita sambung lain okay...apa yang nak dikongsi kat sini adalah petua bagaimana nak banyakkan susu ibu.



  1. Supply Vs Demand - maksudnya berikan anak susu sebanyak mana yang dia mahu...jangan kira saya coz setiap ibu hormon berlainan...ada sesetengah ibu boleh supply susu sehingga 30oz dalam masa sehari & tak kurang juga yang cuma cukup2 makan macam saya kan...hehehe ;) Walau bagaimanapun SVD ni adalah memang mutlak & wajib dilakukan para ibu jika ingin menyusukan anak...Jangan membandingkan diri yang hanya menyusukan anak 2 kali sehari dengan ibu yang menyusu 8-10 kali sehari off cos la banyak susu tu tak sama dear... :) Berbalik kepada hukum alam...lagi banyak anak menyusu lagi banyak la susu ibu nanti keluar...kalau tak jadi juga, jom try yang ni pula.
  2. Mengepam - teknik mengepam ni biasanya disyorkan kepada ibu-ibu bekerja sebab majoriti memang tiada masa untuk menyusukan anak...betul tak...tapi dalam kes lain, ada gak ibu2 tak dapat meyusukan disebabkan masalah puting leper atau tenggelam...anak tak boleh nak hisap last-last susu formula la gantinya & susu ibu dibiar begitu sahaja...huhuhu...sebab tu la teknik mengepam ni sangat sesuai untuk ibu2 yang menghadapi masalah tersebut
  3. Pemakanan yang seimbang - wajib alert yang ni para ibu...kalau kita nak susu kita keluar dengan banyak, wajib pantau pemakanan kita. Kalau kita kurang makan memang susah la susu nak produce ngan banyak...makan banyak takut gemuk??? Makan banyak ni merujuk kepada makanan yang sihat berdasarkan piramid makanan...kalau kita jenis yang makan banyak tapi tukar yang paling atas piramid tu ke bawah....kompem la gemuk sayang....betul tak...berbalik kepada hukum gak la kan "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

  1. Amalkan supplemen & vitamin - bab yang ni saya suka sebab saya ni ada masalah nak amalkan petua2 di atas....jadi yang banyak membantu saya untuk mengamalkan petua2 di atas adalah dengan mengamalkan pengambilan Vitamin & supplemen...vitamin sebenarnya membantu kita untuk menyelesaikan masalah yang kita hadapi bukannya menyelesaikan masalah yang kita hadapi...berbeza tau maksud kedua2 statement tu...bagi yang faham alhamdulillah.
Bagi saya sebelum ni dah cuba pelbagai produk sehinggalah bertemu Shaklee...Saya amalkan produk ni sebab nak usaha untuk mengamalkan petua-petua yang saya sebutkan...dipendekkan cerita alhamdulillah, anak yang ketiga saya berjaya menyusu badan. Sekarang anak ketiga saya dah masuk 4 bulan tapi susu badan tetap lumayan...sebab itulah saya katakan sebelum ni perasaan menyusukan anak dengan susu formula & susu badan memang sangat-sangat berbeza...lagi pula saya dapat berjimat hampir 80% tau...20% tu cover supplemen saya....hehehe ;)


My Little Girl yang berjaya menyusu badan. Sihat & Ceria... ;)



Untuk Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya




Jika ingin membeli boleh lihat langkah2 ini..



Read More
// // Leave a Comment

Meal Shake Makanan Segera Terbaik

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera sahabat-sahabat semua...

Entri kali ni pun saya nak share tentang Meal Shake...Chewahhh!!! Mentang-mentang la bulan ni promosi Meal Shake, deras la pula kita menulis pasal Meal Shake nooo... yang betulnya saya rasa bahagia sangat bila dapat berkongsi pasal Meal Shake ni... yelah, gara-gara Meal Shake ni la anak saya yang mengalami masalah sembelit kronik bertahun lamanya sekarang dah semakin pulih...rasanya tahap keseronokan tu memang tak dapat nak digambarkan... ;)

Ok berbalik tentang entri kali ni, apa yang saya nak kongsikan ialah Meal Shake (MS) minuman segera yang paling menyihatkan...sebelum tu meh saya nak tanya ibu-ibu, kalau kita keluar ke mana2 bersama anak2 kadang-kadang tu anak kita mesti merengek nak macam-macam...ada yang nak keropok, mainan, minuman segera & sebagainya...betul tak??? Selalunya kalau kita nak beli minuman segera untuk anak2 kita mesti kerapnya kita beli susu kotak tak pun minuman coklat & sebagainya betul tak...saya pun biasa buat macam tu...yelah, kita kan nak yang terbaik untuk anak2 kita.

Walau bagaimanapun, kebiasaan itu sebenarnya banyak mengundang padah...contohnya, disebabkan terlalu banyak minum susu dan kurang makanan berserat anak saya telah mengalami masalah sembelit yang kronik hingga doktor kata selagi corak pemakanan dia tak berubah selagi tu masalah dia tak akan selesai. 

Nak dipendekkan cerita, sejak bertemu Meal Shake ni & anak2 saya consume selama 1 bulan, alhamdulillah banyak perubahan berlaku terutama sekali kepada anak kedua saya Danish yang menghadapi masalah sembelit kronik selama 4 tahun lamanya. Perubahan yang sangat ketara ialah dari segi pemakanan, dulu Danish memang sangat cerewet makan & berat pun memang kerapnye BMI kurang, kalau jumpa makanan ringan memang nasi dia tak makan dah...tapi lepas consume MS selera dia berubah...lebih gemar makan roti & biskut, makan nasi pun sekarang nampak semakin berselera...check BMI dia ada improvement...lebih gemar minum air kosong daripada minuman manis seperti malt coklat. Semakin ceria & aktif...perubahan paling ketara ialah dia semakin petah bercakap yang mana sebelum ni abang Danial dia yang lebih dominan tapi sekarang dah sama2 cerdik & petah bercakap. 




Apa yang lebih membahagiakan ialah bila masalah sembelit yang dialaminya nampaknya semakin hari semakin menampakkan perubahan positif....Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah SWT...Bagi sahabat-sahabat saya yang ingin mengetahui kisah lanjut tentang masalah sembelit kronik yang dialami anak saya & Meal Shake telah membantu menyelesaikan masalahnya boleh ikuti dalam entri yang akan datang yer... ;)

Ok sambung balik cerita pasal MS...MS boleh dikatakan sebagai makanan segera..."Segera" di sini bermaksud ianya segera diserap...protein berkualiti tinggi & mudah diserap dalam tubuh manusia dari kanak2 sehingga dewasa. MS sebenarnya bagi saya adalah produk mampu milik...yelah, sebelum ni anak2 saya consume susu Pediasure 2 tin sebulan...kepada yang tau susu jenis apa Pediasure ni saya pasti mereka pun tau harga setin Pediasure 1.8kg

Okay la jom saya nak habaq betul ni...Pediasure tin 1.8kg berharga RM157/tin...stok untuk anak2 saya sebulan ialah 2 tin & kadang2 bertambah ke 3 tin sebulan. Jadi cuba kita semua kira 157x3=471 sebulan. Kalau MS, walaupun bekas kecik jer tapi serius cukup untuk 1 bulan sebab pengambilannya saya ambil untuk anak2 saya ialah 1 sudu besar sekali sehari...saya tak pasti la pula sahabat2 yang lain ambil beberapa sudu sehari. yang pasti saya ambil 1 sudu setiap hari, hasilnya memang memberangsangkan & harga untuk 1 canister MS ialah RM113.75....banyakkan bezanya...so kira succes la... ;)


Apa yang lagi best tentang MS ni bukan sahaja kaya dengan protein & kalsium...tetapi juga kaya dengan vitamin penting dalam 1 hidangan 8(oz)...Antaranya ialah Vitamin A, vitamin B12, B6, Thiamin, Riboflavin, Asid Folic, Vitamin C, Vitamin E, Biotin, Vitamin D, Niacin & juga mineral-mineral penting seperti iodin, zat besi, fosforus, magnesium, selenium, chromium, molybdenum & zink...Jangan terkejut kalau memilih kerja ek.



Pada pemerhatian saya la kan, ibu bapa zaman sekarang ni memang hebat-hebat belaka sebab tu la anak2 zaman sekarang pun semuanya hebat-hebat. Jadi saya percaya, ramai yang seperti saya inginkan yang terbaik buat anak2 kita supaya masa depan mereka kelak akan cemerlang, gemilang & terbilang...hehehe cam familiar jer kn...jadi saya rasa tak rugi rasanya memiliki MS demi untuk anakanda tersayang kan. So para sahabat yang saya kasihi, kalau agak2 berminat tu boleh hubungi saya ek




Kalau kata agak2 nyer tu nak membeli jangan malu jangan segan boleh lihat cara pembelian ini







"Ibu Bapa yang Bijak Menjamin Masa Depan Anak yang Gemilang"



InsyAllah jumpa lagi di lain entri...Wassalam


Read More

Thursday, May 15, 2014

// // Leave a Comment

Meal Shake Membantu Pesakit Asma

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang amat saya kasihi

Hari ini saya nak kongsikan tentang kisah seorang ibu yang tabah mengharungi ujian Allah SWT. Anak beliau telah disahkan menghidap asma sejak berusia seawal 5 bulan. Pelbagai cabaran telah beliau lalui & pelbagai usaha telah dilakukan untuk memastikan anak beliau ceria seperti kanak-kanak sebayanya sehinggalah ibu tabah ini bertemu dengan supplemen Shaklee... Alhamdulillah ternyata Shaklee berjaya membantu meringankan masalah beliau. Jom kita ikuti kisah ibu tabah ini yang dipetik asli daripada blognya sendiri sebagai testimoni yang sah...:) 

"...Malam ni saya nak share pengalaman kami sendiri setelah anak kami, Irfan, sudah 5 bulan lebih mengambil MealshakeTak tahu nak mula kat mana sebab terlalu banyak ingin dikongsikan bersama..inshaALLAH, saya cuba yang terbaik..dan memang sebagai seorang ibu, saya mahu berikan yang terbaik untuk anak-anak (walaupun baru sorang je sekarang ni..hehe..). Anak saya telah di-diagnose as asthma since his 5 months old..awal bukan? Memang sejarah keluarga kami ada yang semput (ni kata org dulu2.., org moden cakap asma..hehe..), dan masa saya mengandungkan Irfan masa bulan ke-5 tu saya selalu semput..(banyaknya no 5..ade chemistry ni..hehe...) banyak kali ulang alik hospital untuk amik neb..after deliver, AlhamduLILLAH saya ok, tapi Irfan mula batuk2, nafas berbunyi dan seangkatannya..Kami bawa ke hospital (boleh dikatakan kerap jugak..) untuk bg neb kat Irfan..terus doctor referkan pada paedeatrician untuk tindakan selanjutnya.. 
Lalu bermulalah episode Irfan folo-up di hospital setiap 3 bulan sekali. Irfan terpaksa pakai inhaler kerana paru-parunya premature lagi kata paed..so, sejak umur 5 bulan tu start lar kemana-mana kami pergi mesti bawak inhaler Irfan..as if like nyawa Irfan kat situ..kami cubamacam-macam ikhtiar..tradisional, moden, islam..macam-macam supplement..oh ya! Kami bawa Irfan ke Darus Syifa’ dan ustaz disitu syorkan ke pakar kanak-kanak (masa ni mmg dah refer ke hospital putrajaya dah..) untuk sedut kahak2 dia yang clog kat paru2 dia..tapi, hospital tak galakkan buat camtu sebab boleh lukakan tekak dan paru2 dia .. boleh dikatakan kalau Irfan missed inhaler dia, minggu tu dia start batuk2 dan mulalah ulang alik hospital..sehingga last year 2010, 2 kali admitted di hospital sebab Irfan dapat pneumonia..cuti saya semua habis..semua unpaid leave..! tapi takpe, saya berkorban untuk Irfan..saya kena kuat semangat demi anak saya..!

Foto Saya

Kalau nak cerita bab supplement, macam2 kami dah cuba..in-fact saya rasa saya lagi terer dari doctor pakar tu bila cerita bab2 asthma, bronchitis, neb..bla..bla..bla..hehe..banyak saya baca thru emails, webs, akhbar..sampai kalau orang tanya siap bg jawapan..konfiden je..aiceh..! sehinggalah saya cubaproduk Shaklee ni..sebab kat pasaran lain saya rasa agak susah nak jumpa supplement utk anak yang ada masalah macam Irfan ni..yess..there are lot of choices of vitamin c out there, but he is allergic to artificial colourings and preservatives..hhmm..susah kan?? So, saya dapati Shaklee Mealshake, bentuk serbuk, no colours, no preservatives, dan mudah nak bagi Irfan, bancuh dalam susu dia sahaja..So, I try..surprisingly he liked it..but after a week consume, Irfan demam 3 hari berturut2..risau saya, tapi teruskan jugak bagi mealshake tu ..AlhamduLILLAH, lepas 3 hari, dia active, kuat makan, main macam biasa..saya terkejut..! sebab selalunya kalau baru lepas baik demam, Irfan mesti tak lalu makan, letih dan lepak je taknak buat ape2 aktiviti.. 
Camne Irfan harini? Sangat aktif, makan banyak, susu pun banyak (6tin Isomil sebulan yea..kopak kak limah ni haa...hehe..tapi takpe demi anak jangan berkira, asalkan Irfan sihat..).. Kalau dulu trigger method Irfan which leads him to asthma attack is flu..sekarang ni tidak lagi..kena flu pun steady je occayy..hehe..dah kurang demam dan batuk..sihat dan cergas..disebabkan itu saya confident dengan produk2 Shaklee dan menambahkan supplemen Chewable Vitamin C untuk fights flu and colds dan Omega utk mengurangkan iritasi bila dia batuk asthma tu..kalau dengar bunyi batuk Irfan ibarat org kata macam bunyi mercun.! kesian bila dia batuk especially bila kena attack tu..tapi sebenarnya, saya tak bagi Irfan kesemuanya sekaligus, tapi saya selang2kan ..tak bagi hari2..Saya juga ada bertanyakan pada paed (fyi, Irfan still continue folo-up di HPJ 3 months once) tentang supplemen yang saya bagi ni, paed tu cakap, “bagus bagi dia supplement, sebab tak semua makanan yang dia makan akan diserap, kadang2 dia memilih makankan..jadinya supplemen adalah satu cara utk menampung mana yang kurang..kalau dia boleh makan supplemen tu u teruskan bagi ..” ini doctor pakar cakap yea, bukan saya..Lega saya dengarnya..dan saya terus beri rangkaian supplemen ni kepada Irfan sehingga hari ini..dan sekarang ni Irfan pakai 1 shj inhaler (sblm ni 2 inhaler) dan doctor nak tengok progress dia next 3 months..and hope that he will be free from inhaler usage later..

Alhamdulillah, semoga Puan Lia akan terus tabah membesarkan anak beliau & semoga Irfan akan sembuh daripada penyakitnya. Ini adalah supplemen yang diambil oleh Puan Lia dalam menangani masalah anaknya. Pada awalnya Puan Lia hanya mengambil Meal Shake Shaklee...setelah beliau benar-benar yakin dengan keberkesanan produk Shaklee, lalu beliau pun menambahkan supplemen Vitamin C & OmegaGuard untuk kesan yang lebih memberangsangkan. 

Saya faham, kadang-kadang masalah kewangan boleh membantutkan niat kita. Walaupun kita sendiri tahu yang anak kita memang memerlukannya. Kalau kita berhadapan dengan masalah tersebut saya cadangkan anda cuba dulu dengan Meal Shake seperti Puan Lia...yang mana Harga Meal Shake cuma RM113.75 (penggunaan 1 bulan) InsyAllah anda akan berpuas hati dengannya... Sebagai seorang ibu sama seperti Puan Lia, saya pasti kita semua sangat mementingkan kesihatan anak2 kita & keluarga. Apa yang paling penting kita berusaha sedaya yang mampu, InsyAllah Allah SWT pasti akan menunjukkan jalan keluar...amin ;)






Jika ada sebarang pertanyaan lanjut, boleh la hubungi saya...InsyAllah saya sedia membantu...;) 


Jika ingin terus nak order pun boleh, sangat2 dialu-alukan... ;) Boleh ikuti langkah ini




Read More

Wednesday, May 14, 2014

// // Leave a Comment

NutriFeron Shaklee Penyelesaian untuk Masalah Ekzema (Eczema)

Assalamualaikum WBT & Selamat Sejahtera kepada semua pembaca yang saya kasihi

Sebelum mata melabuhkan tirainya untuk hari ini, sempat kot rasanya saya nak share sikit tentang cara penyelesaian kepada masalah ekzema ni. Bukan apa, kalau mata ni dah tak larat nak buka confirm penulisan nanti jadi melalut entah ke mana. Tapi jangan risau, mata masih ok & otak pun masih lagi cerdas untuk mengarang dalam entri ni...hehehe ;)

Sebenarnya, pada asalnya saya pun kurang arif tentang masalah ekzema ni sehingga seorang sahabat rapat saya bertanyakan cara penyelesaian masalah ekzema yang dihadapinya. Disebabkan kurang arif, saya pun cuba mendapatkan jawapan daripada Master- Master saya yang sememangnya sangat arif tentang cara penyelesaian kepada masalah ini.

Permasalahan utama di sini adalah masalah kulit. Sebenarnya masalah ekzema ini tiada ubat yang specific. Bukan macam sesetengah penyakit yang ada ubat khusus yang boleh menyelesaikan masalah penyakit tersebut. Walau bagaimanapun, supplemen sekurang-kurangnya dapat mengurangkan masalah ekzema ini supaya tidak melarat... Orang yang menghidap ekzema biasanya sensitif pada perubahan cuaca, hama, emosi & alahan dengan sesetengah makanan. 

Alhamdulillah, hasil daripada pertanyaan saya & perbincangan kami, akhirnya saya mengetahui yang masalah ekzema boleh diselesaikan dengan pengambilan ESP Shaklee. ESP sangat baik dalam membantu memelihara kulit dari dalam kerana kandungan nutriennya yang tinggi.



Untuk hasil yang lebih memberangsangkan ambil ESP dengan NutriFeron...ini kerana kandungan nutrien dalam NutriFeron sangat membantu dalam menyelesaikan masalah alahan & mampu meningkatkan sistem imun tubuh kita...InsyAllah hasilnya pasti Super Power...!!! ;)




Jadi kawan-kawan semua...jangan risau ya...jika anda menghidap ekzema. Ia bukannya bermakna dunia sudah berakhir. Pilihan yang saya cadangkan untuk kesan yang lebih hebat adalah dengan mengambil ESP & NutriFeron. Walau bagaimanapun, keputusan adalah di tangan anda...;)

Ada sedikit lagi perkongsian, sekiranya masalah ekzema berlaku kepada anak-anak kita, mudah saja, gantikan ESP dengan Meal Shake kerana ESP belum sesuai untuk anak-anak kita yang berumur 13 tahun ke bawah. Fungsi Meal Shake dengan ESP dalam menangani masalah ekzema adalah sama. Manakala NutriFeron juga sangat sesuai untuk anak-anak kita & memang dijamin keselamatannya...pengambilan Meal Shake & NutriFeron bukan saja membantu menangani masalah ekzema malah turut meningkatkan sistem imun anak kita...jadi itu sudah jadi satu bonus untuk anak-anak kita...tak gitu ibu-ibu...;)




Jadi sekarang penyelesaian kepada masalah ekzema sudahpun terjawab. Jika ada sebarang kemusykilan boleh la hubungi saya 


Kot-kot la kan dalam dok seronok membaca tu kan tiba-tiba tergerak hati nak membeli...boleh jer beli dengan saya...kalau kena gaya silap-silap dapat "Keahlian Percuma"...;)




Sekian, Wassalam
Read More